Produk keluaran syarikat Nectar Essence Niaga itu mula diperkenalkan di pasaran sejak Ogos tahun lalu dan jualannya mencecah 50,000 unit sebulan.

Pengerusinya, Shahairul Roslan berkata, wangian penutup kayu itu didatangkan dalam empat bauan berbeza iaitu Sakura Blossom, Vanilla Sky, Sweet Dew dan Fresh Citrus yang dijual pada harga RM10 setiap unit.

“Kesemua wangian ini menggunakan pati minyak wangi asli yang diimport dari Perancis. Ia juga mengandungi pati aromaterapi dan bebas daripada bahan-bahan berbahaya serta alkohol.

“Dengan kata lain, wangian kita ini selamat digunakan di mana sahaja termasuk di dalam kenderaan, rumah mahupun pejabat.

“Dari segi ketahanan pula, selepas beberapa ujian dibuat dengan cara penggunaan yang betul seperti yang disarankan, ia mampu bertahan sehingga 60 hari untuk satu botol 11 mililiter (ml),” katanya ketika ditemui di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Mengulas mengenai idea memperkenalkan produk XFresh, beliau berkata, ia adalah hasil kajian dan perancangan yang dibuat bersama seorang lagi rakan kongsinya, Muhammad Azli Mohamed Isa, 30, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan.

“Apabila kita buat kajian, mengikut statistik semasa, hampir 30 juta kenderaan berdaftar di negara ini dan produk pewangi seperti ini sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna.

“Hasil perbincangan bersama, kami memutuskan untuk memperkenalkan produk XFresh.

“Sehingga kini, kita telah mempunyai kira-kira 300 ejen dan 50 stokis di seluruh negara.

“Sasaran kami adalah untuk menambah lebih banyak lagi ejen dan stokis mungkin sekali ganda daripada jumlah yang ada ketika ini,” kata pemuda berusia 31 tahun itu.

Tambah beliau, buat masa ini keperluan ejen adalah di Perlis, Perak, Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak.

“Untuk menjadi ejen modalnya adalah serendah RM140 manakala bagi stokis pula ialah RM1,000. Selain itu kami turut menyediakan sesi bimbingan terus kepada semua yang menyertai keluarga XFresh.

“Oleh itu, semua yang menyertai kami akan dibimbing dari awal sehingga mereka berjaya menjana pendapatan lumayan.

“Sebagai contoh, ada stokis kami sudah berjaya menjana pendapatan lebih RM10,000 sebulan. Ia bergantung kepada komitmen individu tersebut untuk berjaya,” jelasnya.

Perancangan

Menyedari permintaan yang semakin bertambah, pihaknya memperkenalkan dua lagi bauan baharu iaitu Apple Fresh dan Lavender Luv sekali gus menjadikan semua varian produknya kepada enam jenis bauan.

“Dua bauan baharu ini sentiasa mendapat pertanyaan daripada pengguna kita. Oleh itu, kita putuskan untuk menambah dua lagi varian bauan menjadikan semua enam bauan.

“Kita tidak mengeluarkan banyak jenis bauan kerana bauan yang ada sekarang cukup untuk memenuhi permintaan pelanggan dan menepati cita rasa mereka.

“Bagi kami kualiti adalah penting berbanding dengan jumlah kuantiti produk yang dihasilkan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai sasaran jualan, pihaknya yakin jualan akan meningkat sekali ganda menjelang pertengahan tahun ini yang dipacu dua bauan baharu tersebut.