Menerusi kempen itu, Watson menyumbang pelbagai barangan jenama bernilai RM100,000 bagi membawakan keceriaan dan kegembiraan menjelang hari raya kepada 30 rumah kebajikan di seluruh Malaysia.

Menurut Pengarah Urusannya, Caryn Loh, kempen itu tujuan menggalakkan rakyat Malaysia membantu golongan yang memerlukan.

“Bulan Ramadan adalah masa untuk kita saling memberi dan perbuatan itu sebenarnya dapat menyerlahkan ciri-ciri terbaik dalam diri seseorang. Kami mengambil peluang memberi sumbangan ini bukan sahaja kepada pelanggan setia Watsons, tetapi juga masyarakat.

“Di Watsons, kami menggalakkan pelanggan kami agar tampil hebat berasa hebat. Berasa hebat bukanlah merujuk kepada harta benda yang kita miliki, tetapi pengalaman bermakna untuk anda dan orang yang anda sayangi. Pada Aidilfitri kali ini, misi kami adalah untuk memberi sumbangan kepada masyarakat,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kempen tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, melalui kempen berkenaan, pihaknya berharap dapat menyebarkan keceriaan hari raya kepada para pelanggan dengan pelbagai promosi istimewa sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan membeli-belah di Watsons.

Mesej

Sementara itu, pada pelancaran kempen Ada Hati, Raya Menjadi-jadi, pihak media dan tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian zapin.

Ia turut dihadiri oleh Ayda Jebat yang menghiburkan para hadirin dengan sebuah lagu istimewa bertajuk, Watsons.

Watsons Malaysia juga telah menayangkan video raya Ada Hati, Raya Menjadi-jadi yang menyampaikan mesej bahawa sekiranya kita mempunyai hati dan usaha, kita pasti akan melakukannya hingga menjadi nyata.

Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia, Danny Hoh berkata, ia mengisahkan tentang Ayda yang pulang ke kampung halamannya untuk bersama-sama beraya dengan keluarga tercinta.

“Kami amat teruja untuk melancarkan video raya istimewa berjudul Ada Hati, Raya Menjadi-jadi yang menampilkan Duta Watsons, Ayda Jebat.

“Balik kampung sememangnya sinonim dengan sebahagian besar perayaan di Malaysia dan video ini menampilkan kelainan perjalanan Ayda pulang ke kampung pada hari raya ini.

“Mesej yang penting Watsons untuk hari raya ini ialah tiada apa yang lebih penting atau indah selain saat-saat anda meraikannya bersama keluarga anda. Sudah pastinya Watsons menawarkan semua yang anda perlukan untuk anda menyambut hari raya,” ujarnya.