Hasil kerjasama itu membawa kepada kempen Win A Car Boost x 11street yang menawarkan pelanggan peluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM86,000. Antaranya telefon pintar Huawei Mate 10 Pro, Apple Watch Series 3, Xiaomi Band 3, konsol PS4, kupon beli-belah 11street dan hadiah utama yang berupa sebuah kereta baharu.

Sejak ia dilancarkan, sebanyak 37,000 tempahan diterima daripada lebih 17,000 pelanggan seterusnya membawa kepada 40,000 transaksi yang berjaya.

Transaksi berkenaan seterusnya menghasilkan purata nilai tempahan sebanyak RM68, melebihi nilai kelayakan minimum RM40 di bawah terma penyertaan kempen Win A Car Boost x 11street.

Kempen yang tamat pada 30 November 2018 menyaksikan Chia Shanq Yeet sebagai pemenang bertuah. Dia membawa pulang sebuah kereta Perodua Myvi baharu.

Kata Shanq Yeet, keupayaan membeli barangan untuk keselesaan rumah menerusi aplikasi Boost telah memberikannya peluang untuk menyempurnakan lebih banyak urusan dalam masa yang lebih singkat.

“Semasa melakukan pembelian dalam talian, saya tidak perlu sentiasa memasukkan butiran peribadi untuk melengkapkan transaksi.

“Saya tidak sabar untuk menikmati lebih banyak tawaran dan kempen menarik daripada Boost dan 11street,” katanya pada majlis penyerahan kunci kereta Perodua Myvi yang dimenangi sempena kempen Win A Car Boost x 11street di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 11street, Cheong Chia Chou dan CEO Boost, Christopher Tiffin.

Tambah Shanq Yeet, memenangi sebuah kereta Perodua Myvi baharu merupakan satu kejutan yang menggembirakan dan dia mengucapkan terima kasih kepada Boost dan 11street untuk pengakhiran sempurna bagi tahun 2018.

Kejayaan usaha sama antara Boost dan 11street juga merupakan penunjuk kepada nilai suatu kemudahan dalam masyarakat hari ini.

Daripada mampu membuat pembelian tanpa perlu meninggalkan rumah sehingga membuat pembayaran tanpa bergantung pada wang tunai mahupun kad kredit, segalanya kini berada di hujung jari.

Bagi pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan berkenaan, boleh memuat turun aplikasi Boost dan 11street menerusi Google Play Store atau App Store.

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana aplikasi Boost berfungsi di platform atau aplikasi 11street, layari laman web www.11street.my.