Itulah kata-kata yang keluar daripada mulut Mazlan Mohd. Yusoff selepas berjaya memenangi pakej umrah untuk dua orang.

Lelaki berusia 55 tahun itu adalah pemenang cabutan bertuah anjuran pengeluar produk kesihatan, Clear Herbs Sdn. Bhd. (Clear Herbs) di Kajang, Selangor baru-baru ini.

Tuah ternyata berpihak kepada Mazlan apabila berjaya mengetepikan ribuan lagi penyertaan yang terdiri daripada pengguna produk Pati Herbamadu.

Mazlan memaklumkan, dia tidak menyangka sama sekali tindakannya menghantar penyertaan dalam cabutan tersebut memberi habuan lumayan kepadanya.

Jelasnya, dia terpanggil untuk menghantar penyertaan selepas terbaca mengenai cabutan bertuah tersebut dalam laman sosial.

“Saya memang tiap-tiap bulan beli Pati Herbamadu. Sepanjang enam bulan kempen cabutan bertuah ini berlangsung, saya telah hantar 13 penyertaan.

“Saya memang memasang impian untuk mengerjakan umrah tapi belum ada rezeki.

“Syukur, cabutan bertuah ini memihak kepada saya. Ini mungkin rezeki saya,” katanya ketika ditemu bual Kosmo! baru-baru ini.

Hadiah cabutan bertuah tersebut disampaikan oleh duta Clear Herbs, Datuk Malek Noor.

Panggilan buat Mazlan dan isterinya, Rehan Kasim, 52, menunaikan umrah adalah hasil kesabaran pasangan tersebut berbakti kepada abangnya.

Mazlan yang berkhidmat sebagai pemandu memberitahu, dia membeli produk Pati Herbamadu sejak dua tahun lalu untuk kegunaan abangnya.

Jelasnya, abangnya yang berusia 64 tahun merupakan golongan orang kelainan upaya selepas mengalami masalah saraf sejak beberapa tahun lalu.

Pati Herbamadu yang dikeluarkan sejak empat tahun lalu itu merupakan produk paling laris keluaran Clear Herbs.

Pengarah Eksekutif Clear Herbs, Abdul Halim Hafez berkata, program cabutan bertuah tersebut terbuka kepada pengguna yang menggunakan produk Pati Herbamadu.

Katanya, penyertaan untuk cabutan bertuah tersebut mula diterima pada Jun hingga Disember tahun lalu.

“Kami menganjurkan program cabutan bertuah ini bagi memberi penghargaan kepada para pengguna.

“Seorang pemenang bertuah berpeluang mendapat pakej umrah untuk dua orang yang bernilai RM11,000,” katanya.

Abdul Halim menambah, pihaknya telah meneruskan program cabutan bertuah tersebut pada tahun ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai cabutan bertuah dan produk Clear Herbs dengan melayari laman web, www.clearherbs.com.my.