Di atas sokongan setiap mereka terhadap jenama detergen utama di Malaysia iaitu TOP, kelima-lima keluarga berkenaan telah memenangi koleksi rekaan Jovian Mandagie serta rangkaian produk TOP yang berjumlah RM30,000.

Berita gembira itu dikongsi pada acara Rumah Terbuka Gaya Raya Bersama TOP di Putrajaya yang dihadiri pasukan TOP bersama Jovian Mandagie, artis-artis popular, Ernie Zakri dan Ismail Izzani serta para pemenang peraduan.

Pada majlis tersebut, para tetamu juga telah bersama-sama menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri bersama kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera.

Pada tahun ini, TOP telah menerapkan komponen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam kempen tersebut dengan menggembirakan 31 kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera dengan menghadiahkan koleksi baju kurung dan baju Melayu sedia dipakai rekaan Jovian Mandagie yang bernilai RM10,000.

Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik), Southern Lion Sdn. Bhd., Ling Ai Li berkata, pengguna menyakini teknologi detergen TOP dari Jepun bagi penjagaan kain cucian harian mereka.

“Semakin ramai rakyat Malaysia beralih kepada TOP sebagai detergen pilihan utama mereka, sama ada dalam bentuk serbuk, cecair mahupun detergen dengan konsentrasi ultra. Kami sentiasa melihat peningkatan ketara jualan sebelum musim perayaan.

“Oleh itu, ini merupakan waktu terbaik bagi kami untuk memberi ganjaran kepada para pelanggan di atas kesetiaan dan sokongan yang diberikan dalam menjadikan TOP sebagai keperluan penting cucian. Para pemenang dan keluarga mereka kelihatan hebat mengenakan koleksi Jovian Mandagie pada Hari Raya ini,” katanya ketika sambutan rumah terbuka TOP yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini.

Ai Li menambah, pihaknya memilih untuk menjalin kerjasama dengan Jovian kerana rekaan beliau sentiasa menarik perhatian rakyat Malaysia yang bergaya dan pada masa sama mengekalkan kehalusan jahitan baju raya tradisional.

Tegasnya, dia amat berbangga kerana pada tahun ini, syarikatnya telah meneruskan kempen Gaya Raya Bersama TOP sebagai satu inisiatif CSR dengan menghadiahkan kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera pakaian rekaan Jovian Mandagie yang dapat dipakai lama.