Kajian Kementerian Kesihatan mendedahkan, 98.3 peratus rakyat di negara ini tidak menjaga kesihatan mulut secukupnya manakala 94 peratus pula mengalami masalah gusi.

Menyedari hakikat itu, rangkaian produk kesihatan dan kecantikan, Aurawhite Global Sdn. Bhd. (Aurawhite) memperkenalkan produk terbaharu mereka iaitu ubat gigi Aurawhite.

Dirumus khas bagi melengkapi gaya hidup sihat, ubat gigi Aurawhite tampil dengan tiga variasi iaitu Aurawhite Whitening HD Bright and Shine, Aurawhite Coconut Charcoal dan Aurawhite Kayu Sugi Premium Toothpaste.

Bebas kimia

Menurut pengasas Aurawhite, Datin Nur Furyna Muhd. Azmeer, ubat gigi amat penting dalam kehidupan seharian dengan purata setiap individu akan menggunakan ubat gigi dua ke tiga kali sehari.

“Saya percaya setiap individu sentiasa mengambil berat terhadap penjagaan gigi masing-masing.

“Justeru, ketiga-tiga variasi ubat gigi Aurawhite ini diformulasikan menggunakan teknologi terkini yang bebas daripada bahan kimia dan dicipta khusus untuk memenuhi kehendak pengguna,” katanya pada sidang akhbar pada majlis pelancaran produk terbaharu ubat gigi Aurawhite di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ujarnya, Aurawhite Whitening HD Bright and Shine dapat memutihkan gigi secara semula jadi. Ia mengandungi ekstrak minyak argan yang diimport dari Maghribi untuk memberi perlindungan maksimum pada gigi dan gusi.

Sementara itu, Aurawhite Coconut Charcoal menggunakan formulasi khas campuran arang kelapa yang berkualiti sesuai bagi perokok tegar bagi mengatasi masalah nafas berbau.

Aurawhite Kayu Sugi Premium Toothpaste pula direka dengan gabungan kayu sugi dan daun sirih sesuai untuk penggunaan seisi keluarga.

Syarikat bumiputera yang telah beroperasi sejak lima tahun lalu itu telah mengeluarkan hampir 50 jenis produk Aurawhite yang kini berada di pasaran. Antaranya termasuklah Aurawhite Sparkle Diamond Collagen, Aurawhite Trial Skinspa, Auraman Turbo Collagen dan sebagainya.

Aurawhite turut memperkenalkan tiga ikon baharu bagi mempromosikan produk tersebut iaitu pelakon terkenal, Izzue Islam, Fasha Sandha serta pendakwah daripada rancangan realiti Pencetus Ummah, Azman Syah Alias atau PU Azman.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 28, memberitahu, sebagai selebriti dia sentiasa menitik beratkan penjagaan gigi. “Terdapat banyak kelebihan dalam ubat gigi Aurawhite ini. Selain dapat memutihkan gigi, ia turut memberikan kesegaran nafas kepada penggunanya,” katanya.

Bagi aktres jelita, Fasha Sandha, 34, pula, dia menggunakan ubat gigi Aurawhite sejak beberapa minggu yang lalu dan terbukti produk tersebut mempunyai keistimewaannya.

Duta

“Lazimnya, saya akan mencuba terlebih dahulu sesuatu produk sebelum bersetuju untuk menjadi duta kepada sesuatu barangan itu. Ternyata, ubat gigi Aurawhite sangat berkesan dan atas sebab itu saya bersetuju untuk menjadi duta Aurawhite,” ujarnya.

Selain itu, turut mengamalkan penggunaan ubat gigi Aurawhite ialah Juara rancangan Pencetus Ummah (PU) musim kedua PU Azman, 37.

“Produk ubat gigi Aurawhite tidak mengandungi sebarang bahan-bahan kimia berbahaya selain turut mendapat pengiktirafan halal daripada Jakim. Justeru, ubat gigi Aurawhite ini selamat digunakan,” katanya.

Produk ubat gigi Aurawhite kini boleh didapati daripada stokis dan ejen Aurawhite serta di pasar raya. Keterangan lanjut mengenai rangkaian produk Aurawhite, sila layari laman web www.aurawhite2u.com atau hubungi talian 03-9011 1114.