Minyak pati pada asasnya ialah produk yang wujud secara semula jadi yang diekstrak daripada spesies tumbuhan.

Bukan semua tumbuhan menghasilkan minyak pati dan bagi tumbuhan yang mengandunginya, minyak pati ditemui dalam akar, kulit, batang, daun, bunga dan bahagian lain tumbuhan.

Young Living Essential Oils (YL) ialah pemimpin dunia dalam menghasilkan minyak pati bermutu paling tinggi kepada pelanggannya selama lebih 20 tahun.

Ia menawarkan lebih 80 jenis minyak pati tunggal yang tidak digabungkan untuk dipilih. Bilangan ini tidak termasuk minyak pati campuran dan produk YL yang lain.

Duta Jenama YL, Dr. Lindsey Elmore berkata, aroma selalunya memberi impak yang universal kepada manusia.

"Wangian yang anda amat gemari dan selalu digunakan pada tubuh mungkin tidak digemari oleh orang lain.

"Oleh demikian, YL memberi peluang kepada pengguna untuk mencipta aroma peribadi sendiri menerusi minyak pati," katanya pada majlis YL Mencipta Aroma Anda Sendiri di APW Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, aroma bunga-bungaan mendapat penerimaan yang tinggi kerana ia biasa digunakan dalam barangan penjagaan diri dan rumah. Bagi mereka yang sukakan haruman bunga, minyak pati Lavender, Geranium dan Ylang Ylang adalah antara beberapa pilihan yang disediakan.

"Minyak pati Lemon, Orange dan Citrus Fresh pula adalah antara contoh haruman yang sesuai untuk menyejukkan dan menyegarkan hari yang agak perlahan.

"Aroma kayu-kayuan seperti Cedarwood, Idaho Balsam Fir dan Northern Light Black Spruce memberikan kesan ketenangan yang boleh digunakan pada saat-saat yang penuh tekanan dalam gaya hidup yang sibuk," terangnya.

Bagi mereka yang lebih berani, aroma ini boleh dicampurkan dengan jenis di dalam atau luar kumpulan masing-masing untuk haruman yang tersendiri.

Mencipta sendiri aroma adalah sesuatu yang sangat peribadi. Mengetahui campuran aroma peribadi yang anda gunakan setiap hari bukan sahaja menyeronokkan malah memberi kepuasan peribadi.

Untuk mengetahui aroma peribadi sendiri, boleh layari laman web www.youngliving.com/en_MY.