TCRS merupakan sebuah restoran yang menyajikan pelbagai menu istimewa dan yang paling mendapat sambutan tentulah sajian nasi bersama ayam dan supnya yang dimasak secara tradisional.

Sejak pembukaan cawangan pertamanya di USJ Taipan, Subang Jaya, Selangor pada tahun 2000, TCRS telah berkembang pesat sehingga mempunyai 104 cawangan di seluruh Malaysia.

Ketua Kumpulan Pemasaran TCRS, June Song berkata, sepanjang 19 tahun beroperasi, pihaknya berterima kasih yang tidak terhingga kepada pelanggan lama serta baharunya.

Katanya, atas ucapan terima kasih itu, TCRS mengadakan peraduan Kepuasan Berganda bagi menghargai pelanggan-pelanggannya.

“Peraduan itu bermula sejak 8 Julai lalu dan akan berakhir pada 1 September nanti. Pelanggan yang bertuah bakal memenangi sebuah motosikal Vespa.

“Untuk menyertainya, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM20 dalam satu resit dan jawab soalan mudah melalui Google Form. Lebih banyak pelanggan berbelanja, lebih tinggi peluang untuk menang,” katanya menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan baru-baru ini.

Selain hadiah utama, terdapat banyak lagi hadiah sampingan yang menarik untuk dimenangi.

Tambah June Song, peraduan tersebut terbahagi kepada empat peringkat dengan peringkat pertama bermula pada 8 hingga 21 Julai lalu.

Pelanggan perlu menyerahkan dua keping resit, jawab soalan mudah dan berpeluang memenangi beg tahan sejuk edisi terhad TCRS.

“Peringkat kedua (8 Julai hingga 4 Ogos) pula, serahkan empat keping resit, jawab soalan mudah dan berpeluang menang baucar tunai TCRS bernilai RM100.

“Peringkat ketiga (8 Julai hingga 18 Ogos), serahkan enam keping resit, jawab soalan mudah dan berpeluang menang hadiah Tefal Steam Iron PRO STYLE IT3420 bernilai RM399,” ujarnya.

Bagi peringkat keempat iaitu 8 Julai hingga 1 September, serahkan lapan keping resit, jawab soalan mudah dan lengkapkan slogan untuk memenangi Tefal Multicooker Versalio Deluxe bernilai RM519.

Bagi mendapatkan syarat-syarat penyertaan dan maklumat lanjut mengenai peraduan Kepuasan Berganda layari www.thechickenriceshop.com.