Semua diskaun itu boleh dinikmati melalui pembelian di laman rasmi Shopee MR.D.I.Y dan semasa ‘jualan kejutan’ di laman utama Shopee.

Antara produk yang ditawarkan diskaun tersebut ialah kain lap bayi Anakku, mentol 10 watt jimat tenaga LED MR.D.I.Y dan bateri alkali MR.D.I.Y.

Menurut Timbalan Presiden MR.D.I.Y., Andy Chin, pelanggan juga berpeluang menebus baucar diskaun berjumlah keseluruhan RM300,000 untuk mendapatkan penjimatan tambahan apabila berbelanja di laman rasmi Shopee MR.D.I.Y.

“Pelanggan layak mendapat diskaun RM6 untuk setiap pembelian RM55, manakala diskaun RM10 untuk setiap pembelian RM75 dan diskaun sebanyak RM15 untuk setiap pembelian RM100 dengan hanya menggunakan kod diskaun baucar yang dinyatakan apabila ingin membuat pembayaran.

“Sementara itu, pada 23 Mei (esok) dan 1 Jun merupakan hari istimewa kerana MR.D.I.Y. menawarkan baucar diskaun berganda untuk mendapatkan potongan harga sekali gus lebih menjimatkan ketika membuat pembelian,” katanya dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

Sampul raya

Tambahnya, dengan baucar diskaun berganda berjumlah sehingga RM400,000 untuk direbut itu, rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun RM8 untuk setiap pembelian RM55, manakala diskaun RM12 untuk pembelian RM75 dan diskaun sehingga RM20 bagi pembelian RM100.

Dalam pada itu, pada 23 Mei, MR.D.I.Y. akan memberikan jag plastik premium bernilai RM15 buat pelanggan yang membuat pembelian sekurang-kurangnya RM60 di laman rasmi Shopee MR.D.I.Y.

Penghantaran percuma juga ditawarkan untuk setiap pembelian minimum RM20.

Bagi mereka yang memiliki Duit Syiling Shopee dan tidak tahu bagaimana cara menggunakan duit terkumpul daripada aktiviti membeli-belah itu, pelanggan boleh menukarnya dengan baucar tunai MR.D.I.Y. berharga RM9 untuk setiap pembelian minimum RM55.

“Semua tawaran dan promosi ini adalah sebahagian daripada usaha MR.D.I.Y. untuk memeriahkan dan memudahkan persiapan raya rakyat Malaysia.

“MR.D.I.Y. juga akan memberikan sampul raya yang direka khas secara percuma kepada semua pelanggan untuk setiap pembelian RM30 di cawangan MR.D.I.Y terpilih,” tutur Andy.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi raya tersebut, sila layari laman rasmi Shopee MR.D.I.Y di https://shopee.com.my/mrdiy2u.

Peribahasa Melayu

Ibarat rumput yang dah kering, ditimpa hujan segar kembali