Tiada yang lebih manis dan menarik untuk menggambarkan kasih sayang anda kepada ibu tercinta selain kek yang cantik dan lazat daripada Eat Cake Today.

Eat Cake Today mengetengahkan pelbagai kek bertema yang lazat, cantik dan menarik termasuk tat, brownies, kek cawan dan sebagainya daripada pembuat-pembuat kek terkenal untuk Hari Ibu.

Ditawarkan dari 13 April lalu hingga 19 Mei ini, pelbagai kek disediakan untuk pesanan dalam talian menerusi portal eatcaketoday.com.

Tanpa perlu bersusah payah membelinya di kedai, kini kek boleh dihantar ke depan pintu rumah ibu anda tanpa sebarang masalah!

Lebih menarik lagi, setiap pesanan kek yang dibuat menerusi portal itu disertakan dengan diskaun promosi 10 peratus daripada harga runcitnya (dengan pembelian minimum RM100) menggunakan kod promosi LOVEMOM.

Tempahlah aneka kek seperti kek buah-buahan, kek mawar boleh dimakan dan macam-macam lagi termasuk kek jeli mawar ungu, kek red velvet coklat, kek cawan vanila klasik, kek jeli laici berkilat dan banyak lagi.

Untuk ibu-ibu yang gemarkan tat pula terdapat tat buah-buahan summer bliss dengan buah-buahan segar dan sihat. Kelazatan dan aroma daripada semua hirisan buah pasti tidak akan dilupakan. Kek pula tampak ceria, berwarna-warni, segar dan enak.

Ibu anda juga pasti terpukau dengan kek mawar yang dihiasi bunga-bunga mawar yang akan membuka seleranya.

Kek kelopak bunga mawar Lady in Rose Petal Dress misalnya yang ‘menggayakan’ gaun malam menggunakan kelopak-kelopak mawar tampak anggun dan menawan.

Comel

Adakah anda teringin membeli beg Chanel untuk ibu tersayang tetapi tidak mampu kerana harganya yang mahal? Anda tidak perlu mengidamkannya lagi kerana kek jeli perisa coklat berbentuk hati dengan bunga-bunga di atasnya dinamakan kek jeli beg Chanel yang turut dihiasi beg comel berwarna merah jambu itu sehingga mampu mempesonakan ibu anda.

Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Eat Cake Today, Ang Boon Chow percaya, setiap ibu berhak mendapat yang terbaik daripada anak-anak antaranya dengan hadiah kek yang indah.

“Kalau sebelum ini ramai antara kita gemar menghadiahkan bunga dan coklat, kini kita boleh memberi hadiah kek sebagai ganti. Hadiah kek yang cantik dan menarik boleh membawa impak lebih besar.

“Justeru, kami menghias kek kami dengan motif bertema Hari Ibu yang akan menarik pandangan dan menambat selera ibu,” kata Boon Chow.

Eat Cake Today ialah platform dalam talian yang memudahkan pengguna membeli pelbagai kek lazat daripada pembuat-pembuat kek tempatan lalu menghantar kek ke hadapan pintu pelanggan.

Harga kek bermula dari RM57 hingga RM400 setiap satu dan semua harga tidak termasuk caj penghantaran.

Pesanan kek boleh dibuat melalui laman web eatcaketoday.com atau hubungi telefon 017-880 0153.

Buat masa ini penghantaran Eat Cake Today adalah meliputi sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Selangor dengan caj penghantaran RM10 manakala kos penghantaran tambahan dikenakan untuk penghantaran ke luar kawasan seperti Shah Alam, Klang, Bukit Jalil, Kajang, Rawang dan lain-lain.