Sloth merupakan mamalia yang bergerak paling perlahan berbanding haiwan-haiwan lain.

Populasi haiwan mamalia ini banyak ditemui di kawasan Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Sebahagian besar kehidupan haiwan ini adalah tinggal di atas pokok-pokok di hutan hujan tropika.

Terdapat enam spesies yang tergolong dalam keluarga Megalonychidae dan Bradypodidae.

Sloth dalam keluarga Megalonychidae mempunyai dua jari kaki, manakala Bradypodidae mempunyai tiga jari kaki.

Haiwan ini boleh membesar sehingga 60 sentimeter (sm) hingga 80sm panjang dan mampu mencapai berat antara 2.6 kilogram (kg) sehingga 7.7kg. Sloth hanya bergerak apabila perlu dan kebiasaannya kelajuan purata haiwan ini adalah empat meter per minit.

Bagaimanapun, ketika di atas tanah kelajuan maksimum haiwan ini adalah tiga meter per minit.

Berbeza apabila berada di dalam air dan haiwan ini mampu berenang laju dan mencapai kelajuan sejauh 13.5 meter per minit.

Sloth menggunakan lengan panjangnya untuk berenang menyeberangi sungai.