Kejayaan tersebut melayakkan sekolah berkenaan memenangi perkakasan komputer peribadi HP dan inovasi pencetakan bernilai RM20,000.

Cabaran tersebut melibatkan 92 buah sekolah di seluruh negara dan menerima 18,600 penyertaan dengan memanfaatkan pembelajaran berasaskan bahan cetak.

Ia meliputi lapan cabaran antaranya mencakupi subjek Seni, Geografi, Biologi, Sains, Astronomi dan kemahiran bahasa.

Pengarah Urusan HP Inc. Malaysia, Fayza Mohamed Amin berkata, pihaknya menyokong ibu bapa dalam membesarkan pemimpin masa depan dengan memberi maklumat, teknologi dan pengalaman pembelajaran sewajarnya.

Justeru, diharapkan golongan sasar menguasai kemahiran yang diperlukan untuk pasaran kerja masa depan.

“Sebagai seorang ibu, di samping menjalankan tanggungjawab diamanahkan di HP, kami memahami kepentingan yang diletakkan oleh ibu bapa Malaysia dalam peranan mereka memudahkan pembelajaran yang berkesan,” ujarnya menerusi satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

Pemenang dipilih berdasarkan penyertaan paling tinggi bagi kesemua lapan cabaran.

Kreatif

Wakil guru SK Saujana Utama, Mawar Mohamad meluahkan rasa bangga dan gembira apabila mengetahui sekolahnya terpilih sebagai pemenang cabaran tersebut.

“Apabila cabaran ini dilancarkan pada Februari lalu, murid-murid di sekolah kami berlumba-lumba ingin menyertainya. Platform pertandingan ini mengalakkan mereka menjadi lebih kreatif misalnya dalam melaksanakan projek seni dan pada masa yang sama meneroka pengetahuan sains.

“Format cabaran juga memudahkan penerapannya dalam sukatan mata pelajaran mereka,” tuturnya.

Maklumat lanjut mengenai cabaran itu diperoleh dengan melayari laman Facebook www.facebook.com/HPmalaysia.