Ini kerana revolusi industri baharu ini memerlukan set kemahiran yang baharu.

Kesannya, sistem latihan dan pendidikan ini akan berkembang seiring dalam menyediakan industri dengan buruh mahir yang boleh menyokong perkembangan industri kini.

Adakah sistem pendidikan ketinggalan dalam memacu RI 4.0?

Jawapan sebenarnya ialah tidak. Kebanyakan kursus pengajian pendidikan yang mencipta peluang pekerjaan tidak pernah lapuk tetapi cara penyampaian dan pengajaran sudah tidak sesuai dengan zaman revolusi industri baharu.

Tiada bidang ilmu sebenarnya yang sudah lapuk tetapi cara pengajaran mungkin tidak lagi berkesan dengan kewujudan teknologi baharu yang menjadi gaya hidup generasi kini.

Dengan penggunaan telefon pintar yang memenuhi ruang kehidupan masyarakat, cara pengajian di universiti yang melibatkan sesi kuliah panjang dianggap sudah tidak sesuai.

Ia kini mula mengorak langkah ke arah pengajian yang dipandu teknologi digital yang lebih bersifat interaktif dan fleksibel.

Kaedah pembelajaran di Malaysia ketika ini yang memerlukan kita untuk berada di dewan kuliah sambil menyalin nota daripada papan hitam mungkin agak ketinggalan.

Fleksibel

Ia mungkin menjadi jadi satu bahan jenaka jika diamalkan di institusi-institusi pengajian tinggi kerana di peringkat sekolah rendah dan menengah juga sistem pembelajaran sudah semakin fleksibel serta interaktif seperti usaha untuk mengadakan smart class room telah banyak dimulakan.

Pada masa sama, pihak-pihak yang bertanggungjawab juga giat memperkenalkan kursus baharu selaras dengan RI 4.0 yang berasaskan kreativiti.

Industri dipacu bermula dengan kuasa air, stim dan mekanikal seterusnya elektrik serta pengeluaran massa.

Kemudiannya pengkomputeran, automasi dan elektronik.

Apa seterusnya? Itu adalah tiga revolusi industri yang telah dilalui sejak tahun 1760 hingga 2010.

Sedar atau tidak, kita kini sebenarnya di ambang revolusi industri terkini yang dikenali sebagai RI 4.0.

Revolusi ini merujuk kepada kilang-kilang pintar iaitu mesin dihubungkan kepada capaian internet kepada sistem berteknologi yang boleh menggambarkan rantaian pengeluaran keseluruhan dan membuat keputusan sendiri.

Ia mewakili gabungan sistem siber-fizikal, Internet of Things (IoT) dan berteraskan jaringan internet.

Walaupun individu dalam kalangan orang muda berasakan masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai keadaan pekerjaan yang menerima pakai RI 4.0 di seluruh dunia, mereka perlu bersiap sedia.

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mahu menyambung pengajian perlu mengetahui bahawa pekerja pada zaman hadapan bukan sahaja memerlukan mereka mempelajari pelbagai maklumat dan ilmu baharu tetapi perlu digabungkan dengan kebijaksanaan untuk mengoptimumkan maklumat serta ilmu yang mereka miliki.

Pada era RI 4.0, kebijaksanaan seseorang individu dapat membantu peningkatan kadar bayaran upah pekerjaan tetapi pada masa yang sama memberikan satu kelebihan untuk bersaing menambat hati majikan.

Kementerian Pengajian Tinggi telah meletakkan satu landasan yang betul bagi menjamin kelangsungan institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia agar terus menjadi pencipta tenaga kerja yang berkembang seiring dengan revolusi industri.

Proaktif

Perubahan yang dilaksanakan tidak hanya merangkumi aspek-aspek ruang pembelajaran, kaedah pengajaran, kurikulum yang lebih organik dan fleksibel tetapi menggunakan teknologi terkini.

Bagi pelajar lepasan SPM yang merancang untuk melanjutkan pelajaran, mereka perlulah lebih proaktif dalam konteks ini.

Apa sekalipun perubahan revolusi, konsep asas menuntut ilmu adalah berkekalan iaitu hubungan antara maklumat, ilmu dan kebijaksanaan perlu difahami secara mendalam.

Dalam kemajuan teknologi ini, pelajar bukan sahaja perlu bijak untuk mendapatkan maklumat bagi menyokong perkembangan ilmu mereka tetapi memerlukan kebijaksanaan untuk mengoptimumkan ilmu yang dimiliki.

Apa yang penting, kefahaman terhadap hubungan maklumat, ilmu dan kebijaksanaan dalam kehidupan yang berterusan akan membantu mereka menghadapi cabaran dalam setiap revolusi.