Sempena perayaan dan perkongsian kecantikan untuk semua, pengguna Shopee di tujuh negara akan mendapat tawaran eksklusif daripada empat jenama utama L’Oreal yang menjadi kegemaran wanita antarabangsa.

Empat jenama tersebut adalah L’Oreal Paris, Maybelline New York, NYX Professional Makeup dan Garnier.

Bertemakan Women’s Day, Live Your Beauty, L’Oreal x Shopee Super Brand Day berlangsung selama tujuh hari sehingga esok dengan penawaran barang seperti hadiah dan kotak kecantikan edisi terhad yang boleh didapati secara eksklusif menerusi Kedai Rasmi L’Oreal di Shopee Mall.

Mengiktiraf

Ketua Pegawai Eksekutif Shopee, Chris Feng berkata, tahun lalu Shopee melancarkan Super Brand Day sebagai saluran untuk mengiktiraf rakan jenama utama mereka.

“Kerjasama dengan L’Oreal ini menandakan bahagian pertama siri Super Brand Day dan kerjasama kami untuk menjayakan Hari Wanita Antarabangsa.

“Kami berbangga kerana L’Oreal menyokong usaha untuk meraikan wanita dan kecantikan untuk semua dan kami yakin Super Brand Day ini akan mencapai kejayaan besar,” katanya menerusi kenyataan akhbar baru-baru ini.

Sebagai acara istimewa Hari Wanita Antarabangsa, Maybelline New York juga melancarkan Empowered Box edisi terhad eksklusif di Shopee.

Setiap Empowered Box didatangkan dengan gincu Maybelline Super Stay Matte Ink dan satu Penanggal Mekap Bibir dan Mata Maybelline.

L’Oreal x Shopee Super Brand Day turut menawarkan barangan kecantikan bertema selama tujuh hari dengan setiap satu hari dikhususkan kepada satu daripada empat jenama terkenal L’Oreal.

“Tawaran menarik ini termasuklah jumlah baucar bernilai RM200,000 untuk rebutan, termasuk baucar dengan nilai sehingga RM90. Promosi Shocking Sale dengan diskaun sehingga 60 peratus.

“Worth It Bag percuma dengan pembelian minimum RM50 produk L’Oreal Paris sehingga 10 Mac namun terhad kepada 500 pembeli pertama serta tawaran hebat nilai barangan serendah RM4,” ujarnya.

Maklumat lanjut mengenai tawaran sempena L’Ooreal x Shopee Super Brand Day boleh didapati di https://shopee.my/loreal-super-brand-day atau muat turun aplikasi Shopee di App Store atau Google Play Store.