Senior merupakan syarikat pengeluaran komponen aeroangkasa dan penyelia sistem berteknologi tinggi bertaraf antarabangsa.

Kilang yang diberi nama Senior Aerospace Subang itu merupakan tempat pemasangan dan pengeluaran komponen industri aeroangkasa yang mempunyai keluasan 16,723 meter persegi. Proses pembuatan di kilang baharu itu mempunyai kecepatan sehingga 40 peratus.

Senior turut mempunyai sebuah kilang iaitu Senior Aerospace UPECA juga di Shah Alam.

Pembukaan kilang baharu ekoran permintaan tinggi dalam sektor aeroangkasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Senior, David Squires berkata, kilang itu akan meningkatkan lagi keupayaan Senior terutamanya di Kuala Lumpur serta menyokong pelan perancangan lima tahun syarikat berkenaan.

“Ia juga akan membuka peluang pekerjaan kepada 300 hingga 350 orang dalam pelbagai bidang apabila mula beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi.

Kapasiti

“Dengan adanya kemudahan untuk menjalankan perniagaan, penyediaan infrastruktur penting dan akses kepada bakat pekerja yang berpendidikan,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran kilang tersebut.

Katanya, ternyata Malaysia mampu menawarkan industri yang mesra perniagaan dan kos kompetitif.

Pada masa sama, Squires menambah, pembukaan Senior Aerospace Subang itu menyasarkan kapasiti pembuatan sebanyak 140 peratus daripada sebelum ini.

“Sebaik sahaja kilang baharu ini beroperasi, kami ingin menghasilkan sekitar 60,000 keping komponen aeroangkasa sebulan.

“Daripada jumlah tersebut 11,000 jenis komponen struktur untuk pelbagai bahagian pesawat Boeing dan Airbus,” ujarnya.

Menurutnya, apabila kedua-dua kemudahan itu beroperasi dengan lancar, syarikat Senior adalah mengeluarkan sekurang-kurangnya 100,000 keping komponen aeroangkasa sebulan.

Jelasnya, setiap komponen akan mengambil masa antara empat hingga 10 minggu untuk dihasilkan bergantung kepada tahap kerumitan bahagian tersebut.