Oleh itu, raikan Ramadan ini seisi keluarga di hotel The Pearl Kuala Lumpur dalam suasana menenangkan di sekitar kolam renang yang mampu menampung sehingga 500 orang pada satu masa.

Sambil menikmati juadah bufet Sajian Warisan Nusantara itu, para tetamu turut disajikan dengan persembahan tradisional ghazal dan nasyid.

Menurut Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Hotel The Pearl, Kuala Lumpur, Nora Ismail, bufet tersebut menawarkan lebih 100 juadah seperti aneka rojak, sushi, sate, kuih-muih, pasta, dim sum dan mi goreng.

Antara hidangan signatur hotel tersebut ialah nasi mutiara, kambing panggang dan sup gear box.

Nora berkata, pihaknya sangat mementingkan keselesaan tetamu apabila bukan sahaja makanan yang enak disajikan tetapi tempat solat yang selesa turut disediakan.

“Sepanjang bulan Ramadan ini, tetamu juga berpeluang solat Maghrib, Isyak dan tarawih yang dipimpin oleh Ustaz Amin Ahmad.

“Ia bertujuan memastikan para tetamu tidak ketinggalan melaksanakan ibadah dan pada masa sama dapat menikmati aneka juadah bersama yang tersayang,” katanya ketika ditemui K2 di The Pearl, Kuala Lumpur, baru-baru ini.