Persembahan seperti tarian tradisional itu diadakan di dewan utama [email protected] yang dahulunya lebih dikenali dengan nama Saloma Bistro & Wow KL dan terhad kepada 300 orang tetamu yang membuat tempahan awal.

Jurucakapnya, Zulfathie Amin Zulkifli Amin berkata, kira-kira 150 hidangan ditawarkan secara bufet yang mampu menerima tempahan sehingga 550 pengunjung pada satu-satu masa.

“Antaranya ialah ayam masak merah daun kaduk yang mewakili masakan dari Selangor, rendang tok (Perak), daging salai masak lemak cili api (Negeri Sembilan) dan kambing kuzi (Kelantan).

“Turut disediakan gerai bertemakan negeri-negeri di Malaysia misalnya Gerai Ikan Bakar Tanjung Lumpur (Pahang), Gerai Bandar Hilir (Melaka), Gerai Padang Kota (Pulau Pinang) dan Gerai Che Det (Kedah),” ujarnya ketika ditemui K2 baru-baru ini.

Jelasnya, konsep tersebut bertujuan memberi peluang kepada warga kota dan pelancong asing untuk menikmati setiap hidangan istimewa dari 13 negeri tersebut.