Pengurus Hotel, Ahmad Shazli Abd. Ghafer berkata, terdapat tiga pilihan menu yang akan dihidangkan secara berselang seli setiap hari bagi memberi kelainan dan pilihan kepada pelanggan untuk menikmati hidangan ketika berbuka puasa bersama keluarga atau berkumpulan.

Katanya, lebih 100 jenis masakan dan makanan akan disediakan untuk bufet Ramadan pada tahun ini seperti kambing golek, kebab shawarma, sambal Jawa, aneka sup, nasi campur, ikan bakar, ayam percik dan aneka minuman.

Bufet Ramadan itu akan dihidangkan di Dewan Bunga Raya.

Tambahnya, Hotel Grand Campbell terletak di kawasan strategik di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur, sekali gus memudahkan pelanggan membeli barangan keperluan hari raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman selepas berbuka puasa selain pusat beli-belah Sogo, Jakel dan Kompleks Pertama.