Ssamjeang merupakan pes pekat dan pedas yang digunakan dalam masakan Korea.
Piza tersebut diilhamkan daripada kegemaran rakyat Malaysia yang suka makanan pedas.

Dalam hal ini, piza daging ssamjeang merupakan piza terpedas sekali gus terlaris pada tahun 2018.

Terdapat tiga menu berbeza ditawarkan iaitu ssamjeang daging, ayam dan tuna. Rahsia kelazatannya terletak pada sos pedas yang dicipta khas oleh Domino’s sebagai asas piza bagi piza ssamjeang.

Bagi melengkapkan kemunculan semula ssamjeang, Domino’s turut menampilkan kepak ayam haseyo, yang dibakar sempurna bersama salutan sos ssamjeang yang lazat dan ditaburi bijan serta parsli kering.

Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan memberitahu, pihaknya akan terus membawa inovasi dan menawarkan pengalaman yang menyeronokkan bersama produk yang lazat dan berkualiti tinggi dengan nilai yang hebat.

“Kami juga berusaha untuk mempelbagaikan jenama dan akan memastikan semua pelanggan mendapat pengalaman Domino’s yang sentiasa menjadi kenangan terbaik.

“Kejayaan kami di negara ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan padu daripada pelanggan setia yang sentiasa memberi semangat, inspirasi dan motivasi,” ujarnya dalam kenyataan akhbar kepada K2 baru-baru ini.

Harga promosi

Sepanjang kempen tersebut, pelanggan akan menikmati juadah itu pada harga promosi iaitu satu piza ssamjeang biasa, satu stik keju chedar atau mozarela, ayam haseyo, dan dua tin minuman ringan pada harga RM39.90 iaitu penjimatan sebanyak RM25.60.

Pelanggan juga boleh membeli ssamjeang kombo super yang menawarkan satu piza ssamjeang biasa serta sekeping lagi piza biasa, satu stik keju chedar atau mozarela, satu ayam haseyo dan sebotol minuman ringan pada harga RM54.90 dengan penjimatan sebanyak RM37.60.

Selain itu, piza ssamjeang saiz peribadi boleh didapati menerusi tawaran Super Tuesday setiap hari Selasa pada harga RM3.90 untuk pesanan bawa pulang dan RM4.90 bagi pembelian online.

Sajian tersebut boleh didapati di semua cawangan Domino’s Pizza dan untuk membuat pesanan dalam talian, anda boleh hubungi 1300-888-333. Maklumat lanjut mengenai promosi boleh melayari www.dominos.com.my.

Daun nipah dikatakan daun labu