Biarpun sambutannya hanya sekali seumur hidup, namun setiap pasangan pastinya inginkan yang terbaik pada hari bersejarah mereka.

Bagi memberi makna kepada hari bahagia mereka, Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur mengambil inisiatif memperkenalkan pakej perkahwinan mewah dan berpatutan buat bakal pengantin.

Pasangan pengantin, keluarga dan kenalan berpeluang diraikan pada majlis perkahwinan gilang-gemilang di hotel bertaraf lima bintang di tengah ibu kota yang turut bersambung dengan pusat beli-belah Sunway Putra Mall dan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) PWTC.

Percuma

Untuk majlis resepsi perkahwinan, bakal raja sehari akan diberi layanan kelas pertama dari aspek persiapan dewan dan rundingan majlis mengikut nasihat pakar perancang perkahwinan merangkumi segala urusan yang berkaitan termasuklah akad nikah, majlis teh cina, nallunge iaitu acara penyucian tradisional masyarakat India kepada bakal pengantin serta majlis bertunang.

Menariknya, bermula bulan November 2017 sehingga penghujung 2018, hotel berprestij itu memperkenalkan Kempen Bayaran Balik Perkahwinan. Setiap pasangan yang telah mengesahkan tempahan majlis perkahwinan mereka sepanjang tempoh tahun 2018 di Hotel Sunway Putra berpeluang untuk mendapat bayaran balik secara penuh.

Ini bermakna pasangan bertuah tersebut berpeluang untuk meraikan perkahwinan gilang-gemilang mereka secara percuma. Pakej perkahwinan yang bermula serendah RM1,688 hingga RM1,988 untuk setiap meja bankuet yang mampu memuatkan sehingga 10 orang itu turut merangkumi penginapan selama dua hari satu malam di suite pengantin, sebotol air berkarbonat bagi mereka yang memilih pakej perkahwinan Melayu, coklat, bakul buah-buahan segar serta set sarapan Barat yang dihantar terus ke bilik pengantin.

Selain itu, pakej perkahwinan individu turut ditawarkan pada harga serendah RM148 seorang dengan lapan hidangan enak. Tidak lengkap majlis perkahwinan tanpa ditemani momen indah pasangan pengantin yang ditayangkan di layar skrin LED terbesar bersaiz 5.76x9.6 meter.

Acara yang bakal berlangsung di Grand Ballroom hotel itu juga akan diserikan lagi dengan kek perkahwinan lima tingkat, hiasan meja makan beradab dan tetamu, bunga pahar di sepanjang laluan karpet merah, kek buah atau coklat sebagai cenderamata perkahwinan dan paling mengujakan ialah ukiran ais yang ditempatkan di ruang legar dewan.

Pelanggan juga boleh menempah majlis berasingan seperti akad nikah, majlis teh cina dan nallunge serta majlis bertunang secara berasingan pada harga serendah RM100 hingga RM160 untuk setiap tetamu.

Kepada yang berminat, sila hubungi talian 03-4040 9888 atau e-mel [email protected]