Menerusi kerjasama itu, kedai barangan sukan dari Britain tersebut akan menjadi salah satu pengedar barangan Hi-Tec di negara ini.

Pengarah Urusan Sport Direct Malaysia, Paul Gibbons berkata, kerjasama itu membantu pelanggan mendapatkan barangan aktiviti lasak terbaik pada harga berpatutan.

Hi-Tec merupakan jenama yang mempunyai reputasi hebat dalam kalangan penggemar aktiviti lasak di seluruh dunia.

“Aktiviti luar seperti mendaki gunung, berjalan kaki, meredah hutan dan berkhemah semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

“Justeru, Sport Direct terpanggil untuk menawarkan jenama berkualiti tinggi, sekali gus memberi pengalaman berbeza buat pelanggan kami,” katanya ketika ditemu bual Kosmo! di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Hi-Tec menawarkan pelbagai barang aktiviti luar seperti kasut, beg sandang, beg tidur, kelengkapan memasak, khemah, baju-T, baju panas dan kelengkapan berkhemah.

Pengurus Pemasaran dan Jualan Asia Pasifik Hi-Tec, Steven Rogers berkata, misi kami adalah untuk menawan hati penggemar aktiviti luar menerusi reka bentuk produk yang menarik.

Katanya, produk Hi-Tec dihasilkan menerusi teknologi inovatif bagi memberi keselesaan kepada pengguna apabila menggunakannya sama ada di dalam hutan mahupun di atas gunung.

“Di Hi-Tec, kami sentiasa percaya bahawa aktiviti luar adalah untuk semua golongan tanpa mengira tempat. Jadi, semua orang boleh menggunakan produk terbaik,” ujarnya.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman web Sport Direct, www.sportdirect.com.