Dua produk tersebut merupakan sabun pencuci pinggan yang dikenali sebagai 40 Days dan sabun pencuci tangan, Plash.

Pengurus Operasi AFY Haniff, Amirul Firdaus Yunus berkata, produk tersebut dikeluarkan bagi memberi lebih pilihan kepada pengguna terutamanya golongan Muslim.

Jelasnya, kedua-dua produk tersebut memiliki ciri semula jadi berasaskan kesegaran, kebersihan dan kebahagiaan dalam kehidupan seharian manusia.

“Kami sangat teruja dapat melancar dan memasarkan produk ini. Ia merupakan salah satu usaha untuk mempelbagaikan lagi produk syarikat kami.

“Saya berharap, produk ini mampu bersaing dengan jenama-jenama lain yang sedia ada dalam pasaran,” katanya ketika ditemu bual K2.

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee.

Syarikat AFY Haniff terkenal dengan produk penghalau serangga dan pencuci, Swipel Serai Wangi.

Haruman memikat

Sabun pencuci pinggan 40 Days hadir dengan dua pilihan iaitu Serai Wangi Lemon dan Pandan Limau Nipis. Ia berkuasa menanggalkan kotoran berminyak yang terdapat pada permukaan berkerak.

Bagi produk Plash pula, ia hadir dengan pilihan Fresh Aloe Vera dan Sweet Sakura. Plash dirumus dalam bentuk buih bagi menanggalkan minyak pada tangan.

Menurut Amirul, kedua-dua produk tersebut bukan sahaja mempunyai haruman memikat, malah ia juga boleh menjadikan kulit tangan lebih lembut.

“Kami sedar, ramai pengguna yang mengeluh setiap kali menggunakan produk pencuci pinggan atau sabun pencuci tangan kerana bimbang kulit mereka akan terjejas.

“Menyedari hakikat itu, kami memilih bahan terbaik bagi memastikan ia sesuai pada kulit apabila digunakan secara kerap,” terangnya.

Kedua-dua produk tersebut boleh diperoleh di pasar raya terpilih di negara ini. Harga runcit 40 Days ialah RM5.90 bagi botol bersaiz 400 mililiter (ml), manakala Plash (RM8.90) bagi botol bersaiz 900ml.

Maklumat lanjut mengenai produk AFY Haniff boleh melayari laman web, afyhaniff.com.