Pada tahun-tahun sebelum ini, kebiasaannya dia akan pergi membeli-belah kelengkapan persekolahan di pusat beli-belah.

Namun berbeza untuk tahun ini, Faradila memilih untuk mendapatkan kelengkapan persekolahan anak-anaknya di kedai uniform sekolah Miracle Caliph yang terletak di Denai Alam, Shah Alam Selangor.

“Saya memilih untuk membeli-belah di kedai ini adalah kerana harga pakaian persekolahan yang dijual berpatutan. Selain itu, kualiti kain untuk jenama ini juga berkualiti sekali.

“Pada masa sama, promosi yang dilakukan di kedai ini juga dapat membantu saya untuk berjimat. Seperti yang kita ketahui untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak juga memerlukan belanja yang besar,” katanya.

Layanan

Berbanding pusat beli-belah, kedai itu lebih tenang dan dia dapat memilih uniform sekolah anaknya dengan selesa. Ditambah pula dengan layanan kakitangan yang sangat mesra terhadap pelanggan.

Kenaikan kos sara hidup sejak akhir-akhir ini membuatkan ibu bapa terpaksa berjimat cermat untuk memastikan persiapan tersebut berjalan lancar bagi memastikan anak-anak memakai uniform sekolah baharu menjelang sesi persekolahan.

Bagi membantu ibu bapa berjimat, Miracle Caliph memberi potongan harga sebanyak 50 peratus bagi kelengkapan uniform persekolahan.

Pengurus Operasi Miracle Caliph, Sofia Mansor berkata, potongan harga itu diberi bagi memberi peluang kepada ibu bapa berjimat dalam mendapatkan uniform persekolahan.

“Selain dapat berjimat, anak-anak dapat memakai uniform persekolahan yang berkualiti tinggi. Sejajar dengan visi syarikat iaitu Kami Bercakap Mengenai Kualiti dan material kain yang terbaik digunakan serta kualiti jahitan yang kemas bagi menghasilkan uniform persekolahan ini. Kami menawarkan uniform lengkap untuk pelajar sekolah rendah, menengah dan agama.

“Bermula dengan perniagaan secara online selama dua tahun, kini kami sudah memiliki kilang sendiri dan tenaga jahit yang terlatih. Justeru, bagi menghargai pelanggan setia dan menarik lebih ramai pelanggan baharu Miracle Caliph, kami memberi potongan harga sebanyak 50 peratus pada tahun ini,” katanya ketika ditemui.

Usaha ini dilihat mampu dilakukan kerana penjimatan dalam kos operasi dan pengeluaran berbanding tahun-tahun sebelum ini apabila pihaknya terpaksa melantik tukang jahit bebas.

Dia mengakui ibu bapa kadangkala terpaksa memperuntukkan sejumlah wang setiap tahun untuk membeli uniform persekolahan anak-anak.

Malah, ada keluarga yang terpaksa berbelanja sehingga ratusan ringgit bagi mendapatkan uniform sekolah anak-anak. Potongan yang dilaksanakan oleh Miracle Caliph berlangsung sehingga 31 Disember ini. Dalam pada itu, Sofia berkata, syarikatnya juga turut menerima tempahan pukal dari sekolah-sekolah kerajaan dan swasta untuk menghasilkan pakaian pengawas, baju sukan dan pakaian unit beruniform.

“Untuk tempahan ini kami menawarkan harga istimewa dengan minimum pesanan 30 pasang,” jelasnya.

Sehingga hari ini, Miracle Caliph telah dilantik sebagai pembekal tetap untuk beberapa sekolah.

Dalam perkembangan lain, Sofia menjelaskan pihaknya juga menerima tempahan pukal untuk menghasilkan uniform korporat, kerajaan dan baju Melayu dan baju kurung untuk hari lebaran.