Namun, sering menjadi penghalang ialah masalah kewangan yang tidak menentu kerana perbelanjaan sangat mahal terutamanya kos pengangkutan.

Menyedari masalah itu, AirAsia Group Berhad bekerjasama dengan Hong Leong Bank menawarkan kad kredit perjalanan yang memberikan manfaat seperti penerbangan percuma kepada pemegang Kad Kredit AirAsia.

Kad Kredit AirAsia yang dikeluarkan terbahagi kepada dua jenis yang masing-masing memberi manfaat berlainan berdasarkan keperluan pemegang iaitu Kad Kredit Gold AirAsia Hong Leong Bank dan Kad Kredit Platinum AirAsia Hong Leong Bank.

Sebagai permulaan, pemegang kad akan menikmati bonus selamat datang serta bonus sukuan sehingga 25,000* Mata Ganjaran BIG. Jumlah Mata Ganjaran BIG sebanyak itu sudah mencukupi untuk pemegang menebus penerbangan AirAsia percuma ke destinasi seperti Phuket, Langkawi, Singapura dan sebagainya.

Ganjaran

Selain itu, para pemegang Kad Kredit Platinum AirAsia turut dapat menikmati keistimewaan eksklusif penerbangan seperti pelan WiFi pengenalan percuma dalam penerbangan, daftar masuk dan menaiki pesawat berkeutamaan, bagasi Xpress serta naik taraf segera ke status Keahlian BIG Platinum untuk mempercepatkan pendapatan Mata Ganjaran BIG bagi tempahan penerbangan yang layak.

Dengan setiap perbelanjaan yang dibuat, pemegang kad akan mendapat Mata Ganjaran BIG bonus secara automatik.

Selain itu, tidak seperti kebanyakan kad penerbangan udara yang anda hanya boleh berbelanja banyak tetapi mendapat satu mata sahaja, sebaliknya dengan Kad Kredit AirAsia, ia memberikan anda sehingga 6 Mata Ganjaran BIG untuk setiap RM1 perbelanjaan AirAsia dan harian.

Selain itu, dengan Kad Kredit AirAsia Platinum, pemegang kad boleh mendapat 1 Mata Ganjaran BIG untuk setiap RM3 yang dibelanjakan dalam negara dan 1 Mata Ganjaran BIG untuk setiap RM2 yang dibelanjakan di luar negara.

Tidak ada batasan pada kategori yang layak untuk Mata Ganjaran BIG kerana para pemegang kad boleh mendapatkan Mata Ganjaran BIG apabila berbelanja untuk barang runcit, makan, petrol, membeli-belah dalam talian, bil dan juga transaksi manual seperti pembayaran insurans.

Kesemua keistimewaan tersebut membuatkan pemegang Kad Kredit AirAsia layak mendapat penerbangan dan perbelanjaan secara percuma hasil daripada penebusan mata ganjaran kad tersebut.

Kesimpulannya, Kad Kredit AirAsia ini bukan sahaja membolehkan pemegangnya mendapatkan Mata Ganjaran BIG dengan lebih pantas bahkan sekali gus dapat merealisasikan impian pemegangnya untuk bercuti dengan lebih penjimatan serta lebih banyak ganjaran.

Daftarlah Kad Kredit AirAsia di airasiacards.com bagi memulakan pengembaraan anda dengan penerbangan percuma dan nikmati pelbagai keistimewaan eksklusif yang akan melengkapkan pengalaman percutian anda.