Digelar sebagai rasa minuman yang dinanti, Pepsi baharu yang penuh dengan rasa yang hebat tanpa kalori itu telah diperkenalkan pada awal tahun ini di pasaran Malaysia bagi membolehkan orang ramai menikmati rasa kola yang berbeza daripada kebiasaan.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd. (Etika), T.S. Santharuban berkata, pihaknya sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan pengurusan TGV bagi membawakan Pepsi baharu itu untuk dinikmati oleh para pelanggan pawagam berkenaan.

“Kami berasa teruja untuk membawa perisa alaf baharu Pepsi kepada para pengunjung TGV di seluruh Malaysia.

“Kami tahu bahawa selain daripada bertih jagung sebagai santapan umum, minuman tepat yang bukan sahaja dapat menyegarkan, malah boleh mencetuskan perasaan yang lebih mengghairahkan juga penting agar waktu yang anda luangkan untuk menonton wayang menjadi lebih sempurna.

“Pepsi baharu ini menjanjikan rasa yang mempesonakan dan mereka boleh nikmati tanpa rasa bimbang kerana ia merupakan minuman kola tanpa kalori,” kata Santharuban pada majlis memperkenalkan Pepsi baharu sebagai minuman rasmi di TGV, pusat beli-belah Sunway Velocity di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Malah, jelas Santharuban, bagi memastikan semua orang dapat menikmati rasa terbaharu Pepsi tersebut, mereka boleh mendapatkannya di kedai serbaneka 7-Eleven yang terpilih dan mesin layan diri interaktif di stesen-stesen transit aliran ringan.

Para pengguna juga boleh mendapatkan Pepsi baharu tersebut dalam pelbagai saiz termasuk tin 320 mililiter (ml), pek empat tin 320ml, botol 400ml dan botol 1.5 liter. Produk itu juga tersedia di seluruh kedai runcit, pasar raya dan kedai serbaneka.

Sementara itu, Ketua Konsesi TGV, Raymond Letchmanan pula memberitahu, pihaknya telah lama menjalin kerjasama baik dengan Etika bagi menambah baik penawaran produk minuman di pawagan itu dari semasa ke semasa.

“Kini, pengunjung TGV boleh menikmati minuman Pepsi baharu bersama kombo pilihan mereka atau sebagai ala carte,” tambahnya.