Ditambah pula dengan keadaan persekitaran yang kotor, berhabuk dan panas, ia menambah lagi masalah tersebut sehingga akhirnya ia berlarutan menjadi mimpi ngeri.

Walaupun dengan lahirnya pelbagai produk kecantikan dengan visi dan misi untuk menyelesaikan masalah tersebut, ia belum tentu berhasil dalam mengembalikan keadaan asal wajah.

Lebih malang lagi apabila khalayak kini kerap disajikan dengan berita-berita mengenai implikasi produk kecantikan yang mengandungi kandungan terlarang seperti ruam, kesan terbakar, jeragat atau lebih teruk lagi, kanser kulit.

Sudah pasti, tidak semua orang sanggup memperjudikan nasib mereka dengan mencuba produk-produk baharu kerana perihal wajah bukan suatu perkara yang boleh dipandang enteng.

Memandang tinggi permasalahan tersebut, Dr. Mohamad Shahir Mohamad Suhaimi, 29, membawakan solusi yang efektif dengan memperkenalkan set penjagaan wajah, Super Shine Skin Care.

Ramuan semula jadi

Ia dirumus khas menggunakan ramuan semula jadi yang sesuai untuk semua kondisi kulit khususnya di negara Asia.

Mohamad Shahir berkata, Super Shine Skin Care itu merupakan rawatan pertama bagi masalah kulit wajah sebelum berjumpa dengan doktor pakar dalam bidang tersebut.

“Apabila individu mengalami masalah kulit wajah, kebiasaannya mereka akan berikhtiar dengan mencuba pelbagai jenis produk yang dijual di luar sana terlebih dahulu namun, tahap keberkesanannya belum tentu dapat disahkan lagi.

“Lebih malang lagi jika keadaan wajah itu bertambah teruk dengan tumbuh pelbagai masalah baharu sehingga akhirnya mereka terpaksa berjumpa dengan pakar kulit dan mengeluarkan kos rawatan yang tinggi.

“Dari situlah lahirnya idea untuk memperkenalkan set penjagaan wajah ini sebagai benteng pertama solusi kepada masalah kulit wajah tanpa perlu berhabisan duit,” ujarnya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Super Shine Skincare mengandungi sabun organik, sabun skrub, krim ajaib, krim malam dan serum.

Setiap satu produk itu diuji secara klinikal tanpa memberikan kesan sampingan terhadap kulit.

Ia merupakan solusi khusus untuk menangani sesuatu masalah sahaja dan perlu digunakan secara berasingan.

Mohamad Shahir tidak menafikan pelbagai produk kecantikan wajah yang menjanjikan solusi semua dalam satu namun hakikatnya, keberkesanan produk sedemikian tidak begitu efektif.

Matlamat tersebut hanya boleh dicapai dengan bantuan bahan-bahan kimia terlarang seperti merkuri, steroid, plumbum atau hidroquinon.

Ujar Mohamad Shahir, kandungan tersebut digunakan secara meluas dalam produk-produk kecantikan yang terdapat di pasaran. Hal ini kerana walaupun pengguna sedar bahawa ia akan memberi kesan sampingan untuk penggunaan jangka masa panjang, mereka tetap mengambilnya kerana mahukan kesan yang segera.

Kulit sihat

“Kebanyakan masyarakat kita mengabaikan faktor kesan sampingan itu kerana mereka mahu putih seperti yang dipromosikan dalam iklan-iklan.

“Mereka menganggap kulit putih itu adalah kulit yang sihat sedangkan, kulit yang sihat itu adalah kulit cantik sebenarnya,” jelasnya.

Pengasas Bersama Super Shine Skin Care, Habib Abdul Rauf Yunus berkata, set penjagaan Super Shine Skincare boleh didapati pada harga pengenalan hanya RM50 untuk setiap set.

“Kami tidak jual set ini bagi mengaut keuntungan semata-mata tetapi mahu mempromosikan kesedaran dalam kalangan masyarakat berkenaan kulit yang sihat.

“Malah, pengguna juga boleh mendapatkan rundingan secara terus bersama Mohamad Shahir mengenai masalah serta solusi penjagaan rawatan menggunakan set penjagaan wajah ini.

“Kita tidak perlu berhabis duit membeli produk yang mahal tetapi hanya perlu dapatkan produk berkualiti,” katanya.

Pengguna yang berminat boleh mendapatkannya daripada agen dan stokis berdekatan yang berdaftar secara sah. Promosi itu akan ditawarkan sehingga penghujung tahun selagi stok masih ada.

KUALA LUMPUR 5 DISEMBER 2017 : Interview pengasas produk kecantikan Supershine, Dr Mohamad Shahir Bin Mohamad Suhaimi di studio Utusan di sini hari ini . GAMBAR : NOOR AZLINA JAAFAR . PEMBERITA : IQBAL / RENCANA KOSMO

KUALA LUMPUR 5 DISEMBER 2017 : Interview pengasas produk kecantikan Supershine, Dr Mohamad Shahir Bin Mohamad Suhaimi di studio Utusan di sini hari ini . GAMBAR : NOOR AZLINA JAAFAR . PEMBERITA : IQBAL / RENCANA KOSMO

Harga: RM50

Telefon: 016-238 7654

Instagram: 
@supershine.malaysia
Facebook: supershine drshahir

–––––––––––––––––––––

Stokis:
nPutrajaya: 019-306 0520
nJohor: 013-784 5779
nSelangor: 019-218 1672
nNegeri Sembilan: 
013-612 2120
nKedah: 010-563 9135

KUALA LUMPUR 5 DISEMBER 2017 : Interview pengasas produk kecantikan Supershine, Dr Mohamad Shahir Bin Mohamad Suhaimi di studio Utusan di sini hari ini . GAMBAR : NOOR AZLINA JAAFAR . PEMBERITA : IQBAL / RENCANA KOSMO

a