Pengubahsuaian penuh cawangan keempat ini merupakan sebahagian daripada usaha menampilkan wajah dan sentuhan serba baharu dengan ruang dalam lebih cerah dan ceria mencerminkan gaya hidup yang menyeronokkan untuk menggalakkan para pengunjung restoran untuk bersantai dan menjamu selera bersama-sama.

Suasana ini dilengkapi dengan menu baharu yang menawarkan pelbagai cita rasa menarik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Revenue Valley Sdn Bhd., Dickson Low berkata, ini merupakan detik yang sangat menarik bagi MFM, dan kami berbangga untuk melancarkan pengalaman serba baharu ini.

"Kami juga memasuki fasa perniagaan kami yang baharu di mana kami menembusi segmen perniagaan restoran kasual dan meluaskan daya tarikan kami kepada pelbagai pelanggan.

"Kami ingin menarik kunjungan seisi keluarga dan juga golongan milenial dan Gen Z dengan membawakan makanan laut yang nyata berbeza!

"Kami berhasrat untuk terus membina reputasi kami sebagai pakar makanan laut yang sentiasa sinonim dengan kelazatan makanan laut.

"Penubuhan dan menu baharu kami nyata mencerminkan selera dan sikap semasa segmen sasaran kami terhadap makanan,” katanya. 

Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen merasmikan pelancaran tersebut.

Tambahnya lagi, MFM telah bekerja keras untuk menghasilkan menu inovatif baharu ini yang menjanjikan sesuatu untuk setiap pelanggan, seperti mereka yang inginkan pilihan makan sihat, sajian ringan dan menu kanak-kanak, fish and hand cut chips di atas kertas kalis gris bagi pelanggan yang ingin menikmati juadah dengan tangan dan sos buatan tersendiri untuk mereka yang suka mencuba sesuatu yang baharu.

“Pengalaman menjamu selera di MFM ditumpukan kepada pelanggan muda, yang suka mengembara dan celik digital.

"Mereka berani dan sedia untuk menikmati sesuatu yang baharu dan kami berusaha mewujudkan pengalaman menjamu selera baharu kerana ingin membawakan sajian yang menyeronokkan dan unik kepada pengunjung restoran kami.

"Matlamatnya ialah untuk memberi nafas baharu kepada jenama kami bagi pelanggan sedia ada dan mencetus daya tarikan yang akan menarik minat pelanggan baharu.

"Kami percaya usaha kami untuk menambah baik MFM akan memastikan jenama kami kekal relevan dalam tempoh akan datang,” ujarnya.

Sebahagian daripada proses penjenamaan semula, MFM memperkenalkan sajian baharu dalam menu, termasuk kentang goreng hand cut dan enam pilihan baru sos tartar seperti garlic herb, curry tartar, spicy grapefruit tartar, lime tartar, BBQ tartar and spicy tartar untuk memenuhi cita rasa semua.

Satu lagi usaha untuk menyerlahkan kepakarannya dalam makanan laut ialah pilihan yang diberikan kepada penjamu selera untuk menentukan makanan laut mereka dimasak dengan lima kaedah memasak berbeza, iaitu digoreng, direneh, digril, dibakar atau dipanggang api.

Sajian utama Fish ‘N Chips kami akan dihidangkan di atas kertas kalis gris, membawakan pengalaman baharu dan menyeronokkan untuk menikmati juadah.

Cawangan yang telah diubah suai sepenuhnya terletak di Wangsa Walk, Mid Valley, Sunway Pyramid dan Setia City Mall manakala cawangan korporat lain telah menjalani pengubahsuaian kecil.

Kesemua 27 cawangan korporat kini menyediakan stesen tartar layan diri untuk pelanggan mendapatkan sos tartar, kertas kalis gris, sudu garpu dan sarung tangan.

MFM juga akan melancarkan Syoking Seafood Deal dari 19 hingga 23 Ogos 2019, yang akan
menawarkan nilai hebat kepada pelanggan bermula dari harga di bawah RM10.

Sebagai rekod, MFM dimiliki oleh Revenue Valley Sdn Bhd yang juga mengendalikan restoran popular seperti Tony Roma’s dan NY Steak Shack.