Menerusi kempen yang berlangsung dari 15 Ogos lalu hingga 15 November depan, pelanggan berpeluang memenangi hadiah berupa beg pelancongan serba guna edisi terhad yang ditawarkan dalam dua warna berbeza sebagai ganjaran kepada pelanggan setia Julie’s.

Menurut Pengurus Kanan Julie’s Malaysia, Dennis Swee Jing Wei, kempen tersebut diperkenalkan sebagai menghargai sokongan rakyat yang telah menjadikan Julie’s antara jenama biskut yang terbaik di negara ini.

“Sebagai tanda penghargaan kami kepada rakyat Malaysia, kami telah memperuntukkan sebanyak RM300,000 bagi menjayakan kempen ini khas bagi pelanggan setia Julie’s.

Cenderamata

“Sepanjang kempen ini berlangsung, kami akan menganjurkan sesi jelajah di seluruh negara dengan pelbagai aktiviti menarik.

“Pada masa yang sama, kami juga turut menyediakan cenderamata serta biskut keluaran Julie’s kepada orang ramai sebagai tanda berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018,” ujar beliau menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan baru-baru ini.

Mengulas mengenai kempen tersebut, Dennis berkata, caranya sangat mudah iaitu para pelanggan Julie’s hanya dikehendaki mengumpul 10 mata daripada jumlah pembelian biskut Julie’s yang disenarai bagi melayakkan diri untuk menyertai penebusan beg pelancongan tersebut.

Katanya, produk Julie’s yang menyertai kempen tersebut ialah Biskut Sandwic Mentega Kacang, Biskut Sandwic Keju, Biskut Sandwic Le-mond serta Biskut Oat 25.

Jelas beliau lagi, sepanjang kempen tersebut berlangsung, sesi jelajah Julie’s akan bermula di pasar raya Village Grocer, MyTown Kuala Lumpur pada 20 September hingga 15 Oktober, NSK, Seremban 2 (21 hingga 20 September), Mydin USJ, Subang Jaya (21 September hingga 7 Oktober dan TF Value Sungai Siput, Ipoh, Perak (2 hingga 7 Oktober).

Sesi jelajah tersebut juga akan diadakan di Pacific Kota Bharu, Kelantan (4 hingga 10 Oktober), Sunshine Farlim, Ayer Itam, Pulau Pinang (15 hingga 21 Oktober), Sogo, Kuala Lumpur (16 hingga 31 Oktober), Pacific Batu Pahat, Johor (1 hingga 12 November) dan LuLu, Kuala Lumpur (23 Oktober hingga 5 November).

“Sepanjang jelajah tersebut berlangsung, kami menawarkan pelbagai tawaran hebat bagi kesemua produk Julie’s.

“Para pelanggan juga boleh menebus beg melancong serba guna edisi terhad di semua lokasi jelajah,” katanya.

Tambah Dennis lagi, para pelanggan yang mengikuti sesi jelajah juga berpeluang menyertai aktiviti dan memenangi pelbagai hadiah dan cenderamata berjumlah RM10,000 dengan setiap pembelian RM18 ke atas dalam satu resit.

Di samping menawarkan penebusan beg pelancongan edisi terhad, Julie’s turut bekerjasama dengan beberapa pasar raya dalam mengadakan peraduan eksklusif.

Promosi

Antara pasar raya yang terlibat termasuklah Aeon (1 hingga 31 Ogos), The Store Pacific (15 Ogos hingga 30 September), Econsave (sepanjang September), Tesco (sepanjang Oktober) dan Giant (sepanjang November).

Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018 juga, kesemua cawangan Aeon, Aeon Big serta Giant menawarkan promosi beli satu percuma satu untuk biskut Julie’s Mentega Kacang 180 gram (Peanut Butter).

“Julie’s sentiasa mengamalkan budaya kasih sayang melalui teknik pengeluaran produk.

“Sebagai sebuah syarikat yang amat menitikberatkan kemesraan serta nilai kasih sayang, kami akan terus menghargai pelanggan setia kami dengan pelbagai jenis aktiviti dan ganjaran yang menarik sebagai tanda penghargaan,” ujar Dennis.

Para pelanggan disarankan untuk melayari laman rasmi Facebook Julie’s dan laman web rasmi Julie’s di www.julies.com.my untuk maklumat lebih lanjut tentang kempen penebusan beg melancong serba guna edisi terhad serta aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sempena kempen tersebut.