Sehubungan itu, aspek utama yang perlu diberi penekanan adalah pemerkasaan sumber manusia dalam bidang tersebut.

Memandang tinggi visi dan misi tersebut, University Malaysia of Computer Science and Engineering (UniMy) menawarkan Program Prasesi Perkomputeran untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam bidang pengkomputeran, sains dan matematik.

Ia dilihat sebagai satu cabang merancakkan lagi penglibatan golongan muda khususnya dalam bidang industri digital.

Pada asalnya, UniMy ditubuhkan sebagai satu bentuk respons terhadap mandat Kementerian Pendidikan untuk membina ekonomi berasaskan ilmu.

Bidang ICT

Menjadi sebahagian daripada hab pendidikan baharu di Malaysia, matlamat utama universiti itu adalah mengubah landskap pendidikan tinggi dengan menghubungkan elemen pembekalan dan permintaan sumber tenaga berilmu serta berkemahiran tinggi dalam bidang ICT.

Naib Canselor UniMy, Prof. Datuk Dr. Khairuddin Ab. Hamid berkata, UniMy menawarkan Program Prasesi Perkomputeran selama dua bulan bermula dari Januari hingga Februari 2018 selari dengan visi membangun, memperkukuh dan menyokong penuh industri digital negara.

Program bukan matrikulasi itu bakal melengkapi para pelajar dengan kemahiran dan kesedaran yang diperlukan bagi golongan tersebut mengejar karier dalam bidang digital pada masa depan.

“Tujuan program ini diperkenalkan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai karier dalam industri digital.

“Pelajar juga dapat memahami dan sedar mengenai industri ICT menerusi modul pembelajaran secara menyeluruh,” katanya.

Pelajar juga akan didedahkan dengan pengalaman mengendalikan sains komputer menerusi program pembangunan permainan dan web yang menyeronokkan. Program tersebut merangkumi enam modul yang bertunjangkan akademik, kemahiran insaniah dan pembinaan karakter yang akan memberi manfaat terhadap kemahiran komunikasi serta pembangunan kerja berkumpulan.

Menerusi program-program tersebut, aspek pembelajaran tidak hanya tertumpu di dalam kelas malah kendalian lawatan ke organisasi yang relevan dalam industri digital.

Selain itu, program tersebut turut melibatkan pemain industri profesional yang akan dijemput untuk berkongsi sedikit sebanyak mengenai dunia digital.

Kelayakan

Individu yang berminat untuk mengikuti program tersebut boleh mendaftarkan diri menggunakan keputusan peperiksaan percubaan SPM dengan syarat kelayakan minimum 3C dalam kesemua subjek termasuk bahasa Inggeris dan matematik.

UniMy turut menawarkan bursary dan biasiswa menerusi Biasiswa Yayasan Universiti Malaysia yang akan dibuka kepada semua pelajar pengambilan Prasesi jurusan Asasi Komputer dan Kejuruteraan.

Bagaimanapun, pelajar dikehendaki menghantar keputusan sebenar SPM untuk layak menerima biasiswa berkenaan.

Bagi menyediakan pengalaman pendidikan yang sempurna untuk setiap pelajar, UniMy turut melaksanakan kerjasama ilmiah bersama Jabatan Kejuruteraan, Universiti Melbourne yang merupakan peneraju utama dalam sektor kejuruteraan dan teknologi maklumat.

Pelajar yang berminat untuk mengikuti Program Prasesi iaitu Asasi Komputer dan Kejuruteraan, Ijazah Sarjanamuda Sains Komputer dan Ijazah Sarjanamuda Kejuruteraan Perisian boleh memohon secara online menerusi www.unimy.edu.my atau daftar secara terus di Kampus UniMy, Menara Z10, Jalan Alamanda 2, Presint 1, Putrajaya.

Layari laman web rasmi www.unimy.edu.my atau hubungi talian 03-8800 5050 untuk maklumat lanjut.