Menurut data Majlis Sukan Negara (MSN) pada tahun 2018, terdapat hanya 1,844 atlet wanita berbanding 2,483 atlet lelaki yang menyertai mana-mana bidang sukan.

Menyedari kepentingan menggalakkan kaum wanita untuk kekal aktif bersukan, jenama penjagaan rambut, Pantene memberi inspirasi kepada golongan Hawa untuk mengaktifkan diri menerusi kempen Braids of Strength.

Kempen bertujuan memberi platform untuk wanita meniup semangat dan memberi inspirasi supaya golongan itu kekal bersukan dan diperlengkapkan dengan padanan dandanan rambut yang sesuai, sekali gus memberikan keyakinan dan keselesaan ketika melakukan aktiviti sukan.

Justeru, Pantene menjalankan satu kajian bagi mendalami kaitan antara wanita dan sukan di Malaysia dan mendapati, 52 peratus responden percaya bersukan membuatkan seseorang wanita kelihatan kurang feminin.

Ini menunjukkan penampilan diri adalah penghalang bagi wanita untuk kekal bersukan. Begitupun, 80 peratus responden mengakui gadis yang bersukan akan membesar menjadi wanita yang kuat dan berkeyakinan tinggi.

Ketua Kategori Penjagaan Rambut P&G Malaysia, Anggia Pulungan berkata, menerusi kempen Braids of Strength, Pantene ingin menggalakkan lebih ramai wanita mengambil bahagian dalam mana-mana sukan pilihan, meningkatkan jati diri dan menghapuskan keresahan mengenai penampilan diri.

“Di Pantene, kami percaya bahawa kekuatan dalaman adalah sesuatu yang cantik dan sempurna. Bagi setiap wanita, rambut merupakan mahkota dan menjadi sebahagian daripada keyakinan diri.

Kongsi pengalaman

“Dengan memaparkan dandanan rambut yang ideal, wanita akan tampil lebih menawan dengan yakin. Penggunaan syampu dan kondisioner yang betul juga membantu menyelesaikan masalah rambut berbau, kusut dan keguguran,” katanya dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

Melaungkan slogan Wanita Besi, duta kempen tersebut yang juga atlet gimnasitik negara, Farah Ann Abdul Hadi berkata, sebagai ahli sukan, dia berbangga dapat berkongsi pengalaman dalam menangani isu tanggapan sosial wanita dalam bidang sukan.

“Sebagai ahli sukan, saya menerima banyak komen negatif serta kritikan.

“Tidak sabar rasanya untuk membantu wanita dan kanak-kanak perempuan untuk mengharungi cabaran individu dan profesional untuk sentiasa cekal, kekal cantik dan kekal dalam bidang sukan. Inilah masanya untuk menunjukkan kekuatan kita,” ujarnya.

Sempena kempen tersebut, setiap pembelian syampu Pantene bersaiz 340 mililiter (ml) dan Pantene 3 Minute Miracle 180ml di mana-mana cawangan Tesco, Giant, Aeon dan Aeon Big, melayakkan pelanggan menerima satu reben emas.

Reben emas tersebut membolehkan pelanggan menebus pas percuma 14 hari di mana-mana cawangan Celebrity Fitness atau Fitness First di Malaysia dengan promosi sah sehingga 31 Mac ini.