Bertemakan Raya Semua Baru, keempat-empat anak syarikat itu ialah MBH Medispa, MBH Haircare, MBH Body Theory dan Dermaklair menawarkan pelbagai pakej kecantikan dan rawatan dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Menurut Pengarah Urusan Moha Group Sdn. Bhd., Yaya Mohammad, promosi raya yang diketengahkan tahun ini menampilkan pelbagai pakej yang ditawarkan pada harga berpatutan dengan sebahagiannya hanya ditawarkan untuk tempoh masa terhad.

“Antara rawatan yang ditawarkan adalah rawatan pertumbuhan rambut hair growth Booster Laser, rawatan kulit wajah Salmon DNA Booster Treatment, Pinkish Cheek KPOP, Crystal Clear Treatment, Vitamin C Whitening Infusion dan rawatan Straight Loss Shell.

“Selain rawatan kecantikan, pihak kami juga memperkenalkan produk sendiri yang ditawarkan dalam bentuk set di bawah jenama Dermaklair iaitu Sensitive Skincare, Whitening Tablet, UV Tinted Pro, Let It Melt dan Burn It Fast,” katanya pada majlis Pelancaran Pakej Raya Semua Baru di MBH Medispa, Ampang, Selangor baru-baru ini. Turut hadir pada majlis itu Pengarah Pemasaran MBH Medispa, Nor Sahidah Mohammad.

Sokongan

Tambah Yaya, kesemua pakej ini ditawarkan bermula 1 April hingga 31 Mei di semua 18 cawangan seluruh negara.

Kesemua pakej yang ditawarkan juga bermula pada harga serendah RM99 hingga RM999.

Sementara itu, Yaya turut menambah, atas sambutan yang menggalakkan dan sokongan daripada pelanggan setia di semua rangkaian pusat kecantikan MBH, pihaknya juga menawarkan program Loyalty yang merangkumi pelbagai aktiviti menarik sepanjang keahlian.

Jelasnya, program ini khusus buat pelanggan di pusat kecantikan MBH yang sentiasa mempercayai khidmat ditawarkan sejak penubuhannya 10 tahun lalu.

“Program ini menawarkan loyalty point (mata kesetiaan), diskaun, rawatan percuma dan kad keahlian MBH kepada ahli bertujuan memberikan kepuasan maksimum terhadap nilai pembelian yang telah dilaburkan oleh pelanggan.

“Pihak kami sentiasa mengalu-alukan penglibatan aktif orang ramai dalam kempen-kempen kecantikan. Pada masa sama kita juga mahu menampilkan lebih banyak lagi pakej baharu yang dapat membantu orang ramai menjaga penampilan mereka,” ujarnya.