Pakar pembinaan, Sonicon Construction tampil berkongsi lima tip mudah untuk mereka yang ingin melihat rumah idaman tersergam indah tanpa perlu mengorban kualiti dan bajet.

Pengasas syarikat itu, Tan Guan Han berkata, lima tip itu adalah melalui perancangan efektif, bajet dirancang,  upah kontraktor terbaik, keselamatan dan kualtiti serta kelulusan.

Perancangan efektif - Mula dengan melukis ubah suai yang ingin anda lakukan, kemudian buat penilaian dan tetapkan keutamaan kepada keperluan utama dalam proses tersebut. Melalui cara ini, anda dapat merancang dengan tepat matlamat yang ingin dicapai untuk setiap ruang di dalam rumah. Ketika tahap ini, adalah amat penting untuk bersedia dari segi mental dan melihat ke hadapan masalah bakal timbul semasa proses pengubahsuaian.

Buat dan ikut bajet yang dirancang - Selepas merangka perancangan, buat penggiraan kos pengubahsuaian yang ingin dilakukan dan pastikan setiap perbelanjaan dikira termasuk kerja-kerja mengubah struktur sehingga ke upah kontraktor serta sentuhan akhir. Adalah amat penting juga untuk anda kekal realistik mengenai bajet serta kemampuan berbelanja dan menyimpan sedikit tabungan kecemasan antara 10-20% untuk perkara-perkara luar jangka.

Upah kontraktor terbaik untuk projek - Perkara paling penting di sini adalah anda perlu percaya dan selesa dengan kemahiran pekerja yang diupah untuk melakukan pengubahsuaian rumah anda. Jika kerja-kerja pengubahsuaian melibatkan memecah dan menebuk dinding, adalah terbaik buat anda mencari kontrakor yang mempunyai pekerja mahir serta menggunakan teknologi terkini dalam pembinaan kerana ia merupakan satu bonus.

sanicon
Peralatan yang sesuai mampu menjimatkan kos serta meminimumkan kerosakan

 

Jangan abaikan keselamatan dan kualiti – Anda perlu memastikan kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan dengan betul dan tidak tergesa-gesa. Buat penilaian risiko dengan jurutera untuk memastikan kerja-kerja pengubahsuaian anda selamat. Disamping itu, ambil tahu proses pengubahsuaian dilakukan oleh kontraktor anda dan adalah penting untuk menggunakan peralatan yang betul kerana kesilapan tersebut mungkin akan menjejaskan kelancaran projek dan menyebabkan kerosakan lebih teruk.

Dapatkan kelulusan dan maklumkan jiran – Yang terakhir, jangan lupa untuk mendapatkan kelulusan pelan pengubahsuaian rumah anda daripada pihak berkuasa tempatan dan peruntukan sedikit masa untuk proses itu. Selain itu, maklumkan juga jiran-jiran mengenai kerja-kerja pengubahsuaian yang akan dilakukan untuk memastikan mereka boleh menerima keadaan bunyi bising dan berhabuk. Ia bakal membolehkan jiran-jiran anda memahami sepanjang proses pengubahsuaian berlangsung.

Untuk maklumat lanjut layari Sonicon Construction di coringmalaysia atau hubungi 03 7493 6242. – K! ONLINE