Sedar akan masalah tersebut Sunway Lagoon, Subang Jaya, Selangor mengajak orang ramai bersantai sambil menyejukkan diri di Taman Tema Air Terbesar di Malaysia itu.

Menurut Sunway Lagoon, pelbagai tarikan ditawarkan untuk orang ramai bermandi-manda dan bersuka ria bersama ahli keluarga.

“Antaranya Waterplexx 5D, iaitu gabungan gegaran angin, kabus, semburan air pancut dan jet air mencurah ke muka dan badan pengunjung.

“Selain itu, Little Zimbabwe iaitu sebuah perkampungan Afrika dan Vuvuzela gelongsor air terbesar di Malaysia. Paling menyeronokkan, Zambezi River kerana pengunjung boleh bermain pelampung sambil ditolak arus sungai,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Ketahanan mental

Tambah Sunway Lagoon, lebih mengasyikkan, aktiviti skuba di pantai buatan yang diberi nama Scuba Dive in The City.

Dalam pada itu, pengunjung boleh mencuba Nickelodeon Lost Lagoon’s Monsoon 360 yang merupakan gelongsor air yang menguji ketahanan mental.

“Bagi kanak-kanak pula, mereka boleh menghabiskan masa bermain pelbagai bentuk pancutan air di kawasan Splish Splash dan Spongebob Splash Adventure.

“Akhir sekali, permainan yang menjadi tumpuan pengungjung ialah Waves of Fun di Surf Beach iaitu ombak pantai semula jadi berukuran 2.4 meter, pasti memberi pengalaman indah buat pengunjung,” katanya.

Pada masa sama, Sunway Lagoon turut menyediakan rangkaian makanan dan minuman yang berpatutan seperti I Scoop 4 U di Chill Lah.