Kebimbangan wanita melewati fasa tersebut kemudian melahirkan pelbagai teknologi kecantikan berasaskan kolagen termasuk dalam bentuk minuman.

Baru-baru ini, syarikat pengeluar minuman kesihatan, Herbalceutical (M) Sdn. Bhd. (Herbalceutical), tampil memperkenalkan produk kolagen terbaharu mereka, NH Colla Plus 3.

Pengerusi Herbalceutical, Wong Chee Herng berkata, produk tersebut cukup istimewa berbanding minuman kolagen lain di pasaran terutamanya dari segi bahan yang digunakan.

“NH Colla Plus 3 ini dihasilkan melalui formula unggul menggabungkan dua bahan yang cukup baik untuk kulit iaitu yis seramida dan ekstrak zaitun.

Yis seramida berfungsi membantu mengembalikan semula kelembapan pada kulit wajah.

“Sementelah, ekstrak zaitun pula mengandungi hydroxytyrosol yang bertindak sebagai antioksidan. Ia mampu mengurangkan pigmentasi kulit dan memberikan kulit yang lebih cerah. Gabungan kedua-duanya dengan kolagen marin menghasilkan kesan yang sangat menakjubkan pada kulit,” katanya pada majlis pelancaran produk tersebut di pusat beli-belah IOI City Mall di Putrajaya baru-baru ini.

Tambah Chee Herng, beliau yakin gabungan bahan yang bermanfaat kepada kulit dalam satu botol ini mampu membantu pengguna mendapatkan kulit yang bukan sahaja cantik secara luaran malah dalaman.

Dalam pada itu, duta produknya yang juga selebriti terkenal, Janna Nick berkata, beliau sangat teruja dengan perubahan menakjubkan pada kulitnya selepas mencuba sendiri NH Colla Plus 3.

“Saya diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan produk ini dan secara jujurnya, kesannya boleh dilihat seawal tiga hari.

“Sebelum ini, kulit saya agak kering, namun selepas mencubanya ternyata, kulit saya menjadi semakin lembut, sentiasa lembap dan licin,” kongsinya.

Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita dari pelbagai peringkat umur dan jenis kulit, minuman kecantikan ini kini boleh didapati secara eksklusif di rangkaian farmasi Watsons di seluruh negara.

NH Colla Plus 3 dijual pada harga RM49.90 bagi setiap kotak, terdiri daripada enam botol dengan isian 50ml setiap botol.