Sebaliknya Chun Yong menuntut anak-anak buahnya kembali bangkit mempamerkan karakter sebenar ketika berdepan Bahrain dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di University of Taipei Gymnasium.

Hari ini, skuad Majestic Tigers wajib menewaskan Bahrain jika mahu memburu slot suku akhir Futsal AFC selain mengharapkan pertemuan Taiwan dan Vietnam di Xinzhuang Gymnasium berakhir dengan keputusan seri.

Mengulas lanjut, Chun Yong tetap optimis dengan kemam­puan anak-anak buahnya biarpun menyedari bahawa Bahrain bukan lawan yang mudah.

“Anak-anak buah saya telah diajar tidak kira mereka menang atau kalah, mereka harus kekal dengan moral yang kuat dan belajar daripada budaya sukan ini.

“Inilah yang saya ajarkan. Jika pemain-pemain tidak boleh berdepan tekanan, maka dia tidak layak bersama skuad kebangsaan. Inilah jangkaannya.

“Esok (hari ini) menang atau kalah, kita harus belajar dan menjadi lebih baik. Saya telah melatih para pemain bagaimana menentang pasukan seperti Bahrain.

“Kini, peluang itu bergantung pada mereka untuk mengikut strategi saya ketika menentang pasukan yang memiliki teknik dan fizikal yang bagus seperti Bahrain. Namun, saya kekal percaya dengan kebolehan mereka,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! semalam.

Dalam perkembangan sama, Chun Yong telah menganalisis corak permainan skuad negara ketika tewas kepada Taiwan dan mengharapkan pemain-pemain negara dapat mengelakkan me­lakukan kesilapan.

“Saya berharap mereka menerima pengajaran berguna ketika tewas kepada Taiwan. Saya menuntut mereka kembali bangkit dengan lebih kuat ketika berdepan Bahrain,” ujarnya.