Pengasasnya, Nor Fazilah Othman berkata, pada Ramadan kali ini pihaknya menyediakan set ala carte berbanding tahun lalu yang berkonsepkan Bento Ramadan iaitu semi bufet.

“Set ala carte ini memudahkan pelanggan untuk memilih makanan kesukaan mereka selain ia dapat mengelakkan pembaziran pada bulan Ramadan sekiranya dibuat secara bufet.

“Antara makanan yang ditawarkan ialah sushi, bento, teppanyaki, udon, ramen, don, teppanyaki daging, mee udang serai dan golden bag ramen,”ujarnya.

Nor Fazilah menambah, selain set ala carte, pihaknya turut menyediakan hidangan berbentuk set iaitu untuk dua, lima dan 10 orang.

Katanya, set istimewa yang disajikan khas kepada pelanggan adalah oyako-dom, yakini ku-dom, okono miyaki daging, kari ramen/udon dan moshi-moshi sushi zeng.

Dalam pada itu, Nor Fazilah memberitahu, Konichiwa Cafe merupakan 100 peratus hak milik bumiputera dan menyediakan 80 peratus makanan Jepun serta 20 peratus tempatan.

 

INFO: Konichiwa Cafe
- Alamat: Jalan 6/7b, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
- Tarikh: 18 Mei hingga 11 Jun 2018
- Harga set: Salmon Kabuto (RM42.90), Nagasaki (RM129.90) dan Hiroshima (RM235.90)
- Berkonsepkan 80 peratus Jepun, 20 peratus tempatan dan Barat
- Surau disediakan
- Telefon: 03-89121368