Pada masa yang sama, ia mungkin akan jadi sia-sia jika pemiliknya gagal menghubungkan diri dengan peluang-peluang untuk memajukan diri dan masyarakat yang terhidang di depan mata.

Segulung ijazah itu tidak akan relevan kerana perkara abadi adalah watak serta pemikiran seseorang itu.

Kenangan kepada watak dan aliran pemikiran seseorang itu akan bertahan walaupun dia sudah tiada lagi.

Sebenarnya, proses untuk mendapatkan segulung ijazah sering diabaikan oleh penuntut ilmu. Ia merupakan satu kaedah pembentukan watak dan aliran pemikiran tetapi dipandang lekeh.

Bila ilmu itu dinilai daripada segulung kertas yang diwakili oleh ijazah, maka keadaan tersebut akan berleluasa.

Secara tidak langsung, kata-kata ini mengingatkan kita untuk tidak terlalu bangga dengan gelaran yang dimiliki melalui ilmu itu.

Bagaimanapun, masyarakat tidak dapat menafikan bahawa segulung ijazah merupakan tanda penting bagi sesiapa sahaja yang telah menamatkan pendidikan tertentu.

Ia merupakan bukti undang-undang bahawa seseorang itu mempunyai kedalaman pemikiran dalam sesuatu bidang ilmu tertentu.

Dalam masa yang sama, seseorang individu itu seharusnya faham persiapan-persiapan yang diperlukan apabila memasuki dunia pekerjaan pada zaman teknologi digital yang serba mencabar ini.

Ia menyebabkan seseorang individu itu perlu bersedia dari sudut pemilikan kecekapan, sikap kerja, kuasa kritikal, kreativiti dan kepimpinan kerana ia adalah penting.

Oleh yang demikian, pendidikan di dunia digital ini tentu tidak hanya tertakluk kepada berurusan dengan nombor atau nilai akademik secara kuantitatif.

Proses menuntut ilmu bukan sahaja harus fokus kepada mengukuhkan kebolehan kognitif tetapi proses pendidikan harus dilihat sebagai satu proses menyeluruh yang melibatkan pembentukan pemikiran, jiwa serta inisiatif.

Miskin minda

Bagi golongan yang berpendidikan, mereka seharusnya menjadi manusia yang mempunyai jiwa, perasaan insaniah dan bukan robot yang mematuhi semua arahan secara automatik.

Keadaan miskin minda dan sifat keanak-anakan dalam kalangan mereka yang berpendidikan amat membimbangkan.

Terdapat sesetengah pemikiran yang menyalahkan perkembangan teknologi digital yang terlampau terbuka sebagai penyebab keadaan ini berlaku.

Pemikiran kritikal dan bersifat menganalisis kini mula terhakis apabila segala capaian maklumat didapati dengan mudah melalui platform digital seperti Google dan membuatkan proses berfikir dalam kalangan masyarakat semakin berkurang.

Setiap pendapat pasti mempunyai hujah mereka yang tersendiri.

Satu sistem pendidikan yang dapat membina karakter individu perlu dititikberatkan dan seharusnya diberi penekanan kembali.

Ini adalah untuk mengukuhkan pembinaan sahsiah dan aliran pemikiran pelajar pada era teknologi digital yang semakin terbuka.

Usaha tersebut tentu berdasarkan pada kesedaran bahawa kita tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah pembelajaran semasa dalam menghadapi cabaran baharu yang semakin terbuka tetapi perlu memberi tumpuan pada pengukuhan karakter anak bangsa bagi mewujudkan sumber manusia yang berkualiti.

Masa semakin berubah. Oleh itu, usaha yang dilakukan oleh pihak berwajib seharusnya melihat perubahan zaman.

Seorang ahli kepada perkembangan dunia digital, Tapscott dalam bukunya yang bertajuk Grow Up Digital membincangkan bagaimana generasi bersih menukar dunia anda, generasi sekarang mempunyai corak pembelajaran, bermain, bekerja, berkomunikasi dan mewujudkan masyarakat yang sangat berbeza daripada generasi terdahulu.

Mereka pandai, cepat di tempat kerja, lebih toleransi terhadap kepelbagaian, menjaga isu sosial dan keadilan serta aktif dalam pelbagai komuniti sosial.

Dalam menangani aliran pemikiran generasi baharu ini, orang dewasa, sama ada ibu bapa atau mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan mesti sedar bahawa corak keibubapaan, pendidikan serta hubungan kepada anak-anak tidak boleh dilakukan secara konvensional lagi.

Dialog terbuka

Oleh itu, sistem pendidikan seharusnya membina satu keadaan yang menggalakkan dialog terbuka menjadi sangat penting.

Keadaan dialog menjadikan anak-anak lebih terbuka kepada pelbagai kemungkinan.

Di sinilah kesabaran ibu bapa untuk mendengar suara kanak-kanak diuji.

Ibu bapa sepatutnya setia kepada proses itu, berhati-hati dalam mengarahkan serta menampung hasrat dan idea anak itu.

Mendidik anak-anak tidak boleh dilakukan dengan serta-merta. Ia memerlukan proses yang panjang dan memenatkan pada era teknologi digital.

Salam Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia.