Ekoran jumlah penyertaan yang tinggi dan sambutan hangat daripada orang ramai pada program tersebut, Energizer sekali lagi menganjurkan Energizer Shop In The Drak 2018 dengan menawarkan hadiah yang lebih lumayan.

Tahun ini, bagi menarik lebih ramai penyertaan dari seluruh negara, Energizer membuka penyertaan sepanjang bulan Mac sehingga Mei lalu.

Peserta yang terpilih menyertai program itu telah mengambil bahagian dalam cabaran realiti maya (VR) yang berlangsung di 60 lokasi di seluruh negara serta mereka yang menghantar borang penyertaan melalui pos dan e-mel.

Seramai 10 peserta dipilih untuk ke peringkat akhir Energizer Shop In The Drak 2018 yang berlangsung di pusat beli-belah Giant Kota Damansara di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Peserta yang layak ke pusingan akhir itu diberi peluang untuk membeli-belah dengan nilai RM12,000 selama 15 minit dalam keadaan gelap.

Pengarah Perniagaan Energizer bagi Malaysia, Singapura dan Indonesia, Lee Kim Chye berkata, program yang mereka anjurkan mendapat sambutan amat menggalakkan.

“Kami sentiasa berusaha untuk memberikan pelanggan satu pengalaman yang sukar dilupakan.

“Setiap peserta akhir diberikan lampu kepala yang menggunakan bateri Energizer yang tahan lapan kali lebih lama sepanjang sesi membeli-belah dalam keadaan gelap di pasar raya Giant, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor,” katanya.

Tambahnya, pada tahun ini pihaknya memutuskan untuk meningkatkan lagi cabaran dengan menambah satu elemen iaitu peserta tidak diberikan troli ketika membeli-belah tetapi mereka perlu kreatif dan tangkas untuk mengambil sebanyak mungkin barang yang boleh.

Mereka hanya dibenarkan untuk membeli-belah selama 15 minit untuk nilai berjumlah RM12,000 bagi setiap peserta.

Seorang peserta, Mohd. Fakri Ghazali, menjelaskan, dia berasa gembira kerana terpilih menjadi peserta akhir bagi program tersebut.

Jelasnya, tahun lalu dia juga terpilih untuk menyertai program yang sama.

“Saya adalah peminat utama pertandingan Energizer Shop In The Dark. Pada tahun ini, pihak penganjur menambah nilai sehingga RM12,000 untuk setiap peserta dan itu sesuatu yang mengujakan saya.

“Sudah tentu ia memberi cabaran untuk mencari barang dalam keadaan gelap, tetapi dengan ada bantuan lampu kepala yang menggunakan bateri Energizer, ia memudahkan saya untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki,” katanya.