Menceritakan keenakan makanan yang ditawarkan Vivatel Kuala Lumpur, Cef Ashar Daud berkata, pihaknya menyediakan lebih 200 menu dan antara yang istimewa ialah nasi beriani kambing dan ayam, kari kepala ikan, sup ekor, sup ayam kampung serta sup ‘Gear Box’ kambing.

“Bertemakan gerai-gerai penjaja, kita turut menawarkan menu yang popular seperti kambing golek berbeku, sate, otak-otak,” katanya ketika ditemui K2 di hotel berkenaan baru-baru ini.

Dia yang mempunyai pengalaman lebih 25 tahun sebagai cef berkata, pihaknya turut menyediakan pencuci mulut seperti pulut mangga, pulut cendol dan ais kacang.

Selain itu, terdapat juga aneka kuih tradisional Melayu, bubur dan pengat pisang, pulut tapai, sagu gula Melaka.

Buat masa ini, kita boleh menampung 300 tetamu pada satu-satu masa, tetapi jika tempahan melebihi 500 orang kita akan buka dewan bagi keselesaan pengunjung.

Memahami kehendak tetamu, pihak Hotel Vivatel Kuala Lumpur turut menyediakan menu yang menjadi kegemaran ramai iaitu kari kepala ikan.

Ashar berkata, kari kepala ikan menjadi menu signatur di hotel berkenaan.

“Ditambah pula dengan aneka kerabu seperti kerabu ayam, ikan bilis goreng bawang, kerabu daging ala Thai, kerabu mangga dan kerabu tauge,” ujarnya.