Lelaki tersebut, Nick Haridemos turut berkongsi beberapa keping gambar lain bersama haiwan yang ditembaknya itu di Afrika.

Gambar-gambar itu dimuat naik menerusi akaun awam Photobucket dan forum online yang menjadi medium perbincangan golongan pemburu mengenai hobi mereka, lapor Canberra Times.

Akaun Photobucket miliknya yang menggunakan nama nickhal1, menunjukkan Haridemos berdiri di sebelah beberapa haiwan yang mati dibunuh termasuk gajah, kerbau, dubuk dan babi hutan.

Berikutan kecaman dan tekanan yang diterima, pemaju hartanah itu telah meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Kelab Canberra Hellenic iaitu sebuah persatuan sosial yang dianggotainya. – Agensi