Spartan merupakan acara lasak rentas halangan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat sukan ekstrem di Malaysia dengan beberapa edisi perlumbaan lazimnya akan dianjurkan setiap tahun mengikut kategori tertentu.

Tempat terhad dan peserta diminta berpakaian sukan, membawa air minuman yang mencukupi, tuala serta pakaian gantian selain mempunyai semangat dan sikap yakin boleh dalam menamatkan rutin latihan yang diatur.