Larian itu dianjurkan oleh The Gardens Mall dan Mid Valley Megamall.

Buat julung-julung kali edisi kali kelima itu bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan iaitu Global Environment Centre (GEC) untuk mempromosi dan meningkatkan kesedaran mengenai pendidikan serta isu alam sekitar secara global.

Dana yang dikumpul melalui bayaran yuran pendaftaran daripada 2,000 peserta larian amal tersebut akan disalurkan kepada GEC untuk menjayakan usaha yang dilakukan pertubuhan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IGB REIT Corporation Berhad, Antony Patrick Barragry berkata, sebagai warga korporat, pihaknya ingin mengambil bahagian secara aktif dalam mempengaruhi komuniti tempatan berhubung alam sekitar.

“Kami berasa seronok apabila melihat begitu ramai orang teruja untuk berlari sambil mengumpul dana di atas sebab yang baik seperti ini.

“Kami berharap ia dapat menyokong GEC dalam meneruskan komitmen mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan akhbar kepada Kosmo! baru-baru ini.