Keguguran rambut, rambut berminyak atau kering tidak bermaya merupakan antara masalah utama wanita dan lelaki di negara ini. Bahkan mengikut kajian, lebih 75 peratus wanita di Asia juga tidak berpuas hati dengan keadaan rambut mereka.

Lazimnya faktor persekitaran dan kaedah penjagaan yang tidak betul antara punca masalah ini. Cuaca yang panas dan lembap seperti di negara ini menyebabkan rambut sentiasa terdedah kepada elemen-elemen yang boleh merosakkan seperti pancaran matahari, kekotoran dan pencemaran udara.

Menyedari senario tersebut, syarikat pengeluar produk tempatan, V’Asia menawarkan produk khas untuk penjagaan rambut yang sesuai digunakan lelaki mahupun wanita dikenali sebagai Tonik Suburambut.

Pengasasnya, Datuk Azril Mohd. Radzi berkata, Tonik Suburambut merupakan produk semburan yang boleh membantu pengguna untuk mendapatkan rambut yang lebih subur, lebat, berkilat dan bermaya tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.

“Tonik Suburambut dirumus khas daripada ramuan semula jadi seperti ekstrak aloe vera, minyak buah zaitun, ginkgo biloba, bunga raya, susu kambing dan akar ginseng yang membantu menyubur, mengukuh, melebat dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

“Tonik khas ini membantu anda melembap, merapi, menyinar dan menghaluskan rambut yang kering, mudah gugur, serta bercabang di samping mengatasi masalah kelemumur yang serius,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Jelasnya, penggunaan akar ginseng sebagai salah satu bahan utama dalam Tonik Suburambut berperanan dalam menggalakkan pertumbuhan rambut dan sel-sel kulit kepala di samping membantu mengekalkan kelembapan serta mengukuhkan rambut.

“Ginseng juga diketahui umum berperanan dalam membantu mengatasi masalah kelemumur dan rambut beruban di samping melancarkan peredaran darah pada bahagian kulit kepala yang menyumbang kepada kesihatan rambut,” ujarnya yang menyatakan Tonik Suburambut dijual pada harga RM27 (Semenanjung Malaysia) dan RM29 (Sabah dan Sarawak),” ujarnya.

Mengulas lanjut tentang produk tersebut, Azril berkata, ia dihasilkan dengan formulasi beberapa herba tradisional terpilih yang dipercayai mengandungi kesan memberangsangkan dan positif ke atas rambut pengguna.

Tambahnya, pengguna disarankan menggunakannya Tonik Suburambut sebanyak satu atau dua kali sehari selepas mandi, pada waktu pagi dan sebelah malam.

Dalam pada itu, untuk kesan yang lebih berganda dan menakjubkan, amalkan Tonik Suburambut bersama-sama dengan Pomade Uban & Lebat.

“Pomade Uban & Lebat merupakan minyak rambut yang diformulasi daripada bahan yang berperanan memberi kesan lebih lebat dan gelap kepada rambut sebaik sahaja penggunaannya selain berperanan membantu menukarkan warna rambut putih kepada warna gelap secara semula jadi serta lebat dan bersinar.

“Dengan isi kandungan 150 mililiter, produk ini ternyata berfungsi dalam membantu mengekalkan melanin asal rambut agar kekal kehitaman selain berupaya memudahkan pengguna menggayakan rambut mengikut gaya diingini selain sifatnya yang kalis air serta tahan lama,” ujarnya yang menyatakan pengguna akan mendapat syampu uban secara percuma dengan setiap pembelian set tersebut.

Pomade Uban & Lebat ditawarkan pada harga RM28 (Semenanjung Malaysia) dan RM30 (Sabah dan Sarawak) dan boleh didapati di semua toko-toko jamu selain menerusi gedung beli-belah online, Shopee dan Lazada.