Keistimewaan itu telah mencetuskan rasa yang membuatkan kopi di sesebuah daerah berkenaan begitu berbeza dan istimewa berbanding kopi-kopi di tempat lain.

Antara yang popular ialah kopi dari Costa Rica, Brazil, Papua New Guinea dan Guatemala.

Berbeza dengan kopi campuran, ia adalah kombinasi dua atau lebih jenis biji kopi dari kawasan yang berbeza-beza.

Bagi pencinta kopi sebenar, mereka pasti tahu membezakan kopi-kopi ini.

Apabila bercerita tentang kopi kegemaran masing-masing, setiap orang mempunyai cita rasa yang tersendiri.

Walaupun pada dasarnya, bahan utamanya menggunakan biji kopi asli tetapi apabila sudah ditambah dengan beberapa bahan lain, kelak ia mempunyai pelbagai rasa berlainan.

Antara yang popular ialah kopi berperisa Americano, Cappuccino, Karamel Latte, Karamel Macchiato, Ekspresso dan banyak lagi.

Bagi meraikan kelainan rasa sebenar kopi, The Coffee Bean & Tea Leaf (CB&TL) memperkenalkan tiga menu baharu single origin mereka iaitu Ristretto, Gibraltar Americano dan Gibraltar Latte.

Aroma bunga

Naib Presidennya, Jay Isais berkata, menu baharu tersebut menggunakan biji kopi yang berasal dari Ethiopia, Timur Afrika.

“Biji kopi yang digunakan untuk menghasilkan minuman Ristretto dan Gibraltar mempunyai aroma bunga melati dan rasa lemon.

“Biji kopi ini akan dipanggang terlebih dahulu sebelum melalui formulasi istimewa yang pastinya menjanjikan kelainan serta kelazatan yang tiada bandingan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Di samping itu, CB&TL turut memperkenalkan pastri terbaharunya iaitu Kranberi Oatmeal, Cinnamon Walnut dan Blueberry Custard. Ia boleh didapati pada harga RM8.50 sebiji.

Manakala, minuman Ristretto boleh dibeli pada harga RM8.60, Gibraltar Americano (RM10.05) dan Gibraltar Latte (RM13.15).

Layari laman Facebook, www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, Instagram @coffeebeanMY atau www.coffeebean.com.my untuk maklumat lanjut.