Ruangan tersebut kebiasaannya dihiasi bingkai gambar, karya lukisan atau tumbuhan penyeri landskap bagi menaikkan lagi keceriaan di tempat kerja.

Bagaimanapun, terdapat cara lain menghias bahagian rekaan dalaman pejabat iaitu dengan menyediakan ruang hiburan khusus.

Begitulah usaha yang sedang giat dipromosikan oleh pengusaha kelengkapan hiburan, Gamesroom Sdn. Bhd. (Gamesroom) dari Rawang, Selangor.

Kata pengasas bersama Gamesroom, Hamidi Ariffin, trend menghiasi ruangan pejabat dengan kelengkapan hiburan seperti meja snuker, foosball dan damak termasuk permainan arked semakin digilai di kebanyakan premis sekitar ibu kota.

Sejak mengusahakan Gamesroom hampir 10 tahun, Hamidi cukup mahir serta faham asam garam perniagaan kelengkapan hiburan dan telah berkhidmat di pelbagai lokasi di seluruh negara.

“Suatu ketika dahulu, trend menghiasi ruang pejabat dengan kelengkapan hiburan tidak begitu menjadi pilihan.

“Namun sejak kebelakangan ini, permintaan tersebut semakin meningkat dan menjadi bagaikan suatu fenomena ekoran kesedaran masyarakat mengenai konsep ruangan hiburan di premis seperti pejabat.

“Selain mendapat permintaan secara terus daripada pelanggan, kami juga banyak melakukan kerjasama dengan pereka hiasan dalaman di seluruh negara,” jelasnya yang mengusahakan Gamesroom bersama rakannya, Hadi Helmi.

Kongsi Hamidi, melengkapkan ruang pejabat dengan kelengkapan hiburan bukan sahaja memberi manfaat kepada majikan selaku pemilik premis malah, golongan pekerja juga menikmati manfaat sama.

Hal ini kerana pada hematnya, ia merupakan cara terbaik untuk menyalurkan tekanan kerja pada waktu lapang.

Tekanan kerja

Tambahnya, produktiviti pekerja juga dapat ditingkatkan kerana golongan tersebut kurang dihimpit tekanan kerja.

Selain ruang pejabat, kelengkapan hiburan yang ditawarkan Gamesroom juga sesuai diletakkan di sudut tertentu dalam rumah.

Jelas Hamidi, ruang tersebut yang turut mesra dengan istilah mancave itu boleh menghimpunkan pelbagai alat permainan dalam satu-satu masa.

Selain meja snuker dan foosball, permainan lain yang boleh diletakkan sekali pada ruang itu termasuklah meja ping pong, pool, mahjong, hoki udara, peti lagu, mesin permainan arked termasuk set karaoke.

Setiap kelengkapan itu juga ditawarkan oleh Gamesroom bahkan, apa sahaja jenis permainan yang ingin dimiliki oleh pelanggan dapat direalisasikan.

Dari segi kualiti, Gamesroom akan memastikan setiap permainan itu berada dalam kualiti terbaik.

Hal ini kerana, setiap produk yang ditawarkan kepada pelanggannya diambil dari luar negara seperti China, Amerika Syarikat serta Itali.

Selain itu, pelanggan dapat mendapatkan kelengkapan permainan itu pada harga serendah RM800 sebuah.

“Kita faham, hendak memiliki sesuatu permainan ini memerlukan perbelanjaan yang sangat besar.

“Jadi kita akan lebih fleksibel dari segi harga bergantung kepada bajet pelanggan asalkan kedua-dua belah pihak berpuas hati.

“Selain itu, kita akan memberikan nilai tambah kepada pelanggan seperti perhidmatan pemasangan dan menyediakan servis penyelenggaraan,” jelasnya lagi.