Namun, ramai antara kita tidak menyedari pola pemakanan yang diamalkan pada masa kini tidak begitu berkhasiat sehingga menjurus kepada masalah kesihatan yang serius.

Tanpa disedari, nutrien yang terkandung semakin susut dan tidak lagi berkhasiat. Justeru, pengambilan makanan tambahan atau suplemen kesihatan sangat diperlukan bagi mengimbangi semula gaya pemakanan yang tidak sihat itu.

Menyedari kepentingan tersebut, pengeluar produk penjagaan kesihatan bumiputera, Hybrid Nutrilab Sdn. Bhd. (Hybrid Nutrilab) menawarkan satu formula khas pemakanan tambahan yang sesuai diamalkan oleh mereka yang berumur 40 tahun ke atas tidak mengira lelaki mahupun wanita.

Pengarah Urusan Hybrid Nutrilab, Nadia Rasli berkata, Jus TU7UH dihasilkan daripada bahan-bahan dan kandungan terpilih yang kaya dengan pelbagai manfaat untuk golongan sasar.

“Berdasarkan kajian, golongan berumur 40 tahun ke atas begitu peka dengan tahap kualiti kesihatan mereka selain mendapat sokongan daripada ahli keluarga seperti anak-anak untuk melihat kedua- dua ibu bapa atau datuk dan nenek mereka sentiasa kekal sihat dan aktif.

“Melalui testimoni positif daripada pelanggan yang telah mendapat manfaat daripada jus tersebut, ia memberi keyakinan kepada mereka untuk terus setia dan pada masa yang sama menggalakkan pelanggan baharu untuk mencubanya,” katanya ketika ditemui Aura Juita baru-baru ini.

Tambahnya, Jus TU7UH diberi nama sedemikian adalah kerana ia diformulasi daripada tujuh gabungan herba terbaik termasuk beberapa makanan sunah seperti habbatus sauda, madu, kurma, lemon, cuka epal, bawang putih dan halia.

Jelas Nadia lagi, selain berfungsi untuk membantu mengurangkan rasa kebas pada anggota badan, jus unik itu juga berperanan dalam melancarkan peredaran darah serta menyahtoksik dalam badan selain membantu menambahkan tenaga seseorang.

“Kesan manfaat daripada jus itu dapat dirasai seawal satu minggu penggunaannya dan ia juga bergantung kepada tahap kesihatan seseorang.

“Jus TU7UH mendapat permintaan ramai kerana rasanya yang sedap dan tidak pahit serta mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja,” ujarnya yang menyatakan ia dijual pada harga RM69 sebotol,” ujarnya.

Menariknya, Hybrid Nutrilab sedang mengadakan promosi akhir dan awal tahun dengan harga jualan kombo ialah sebanyak RM180 untuk tiga botol pembelian Jus TU7UH.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hybrid Nutrilab, Norhisham Nordin berkata, meskipun produk tersebut baru sahaja berada di pasaran sekitar pertengahan tahun lalu, namun jualan dan permintaan daripada pelanggan adalah di luar jangkaan.

“Faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan perolehan jualan produk Jus TU7UH ialah strategi pemasaran dan promosi agresif serta sokongan berterusan dan padu daripada pengedar kami di seluruh negara.

“Pengedar kami turut merupakan pengguna Jus TU7UH dan mereka tahu khasiat sebenar produk tersebut serta melalui testimoni positif masing-masing, mereka berjaya meyakinkan pengguna baharu untuk mencuba,” katanya.

Dikilangkan di kilang bertaraf Amalan Perkilangan Baik (GMP) di Puncak Alam, Selangor, pengguna tidak perlu was-was untuk menggunakan produk keluaran Hybrid Nutrilab kerana ia turut mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bagi mendapatkan produk Jus TU7UH atau berminat untuk menjadi pengedar sah, orang ramai boleh menghubungi di talian 011-255-62942.