Hidangan menu salai yang ditawarkan adalah berasaskan daging seperti lembu, kambing dan ayam.

Pemiliknya, Nazri Jameson berkata, kesemua daging itu disalai dalam tempoh antara 12 hingga 13 jam bagi memberi struktur rasa daging yang lembut.

“Kesemua daging yang disalai ini diimport khas dari Australia,” jelasnya.

Di Beard Brother BBQ, pelanggan boleh memilih sama ada mahu menikmati daging lembu bahagian tulang rusuk ataupun dada.

Selain daging lembu, pelanggan juga boleh memilih untuk mencuba daging kambing yang disalai.

Daging kambing itu akan dicarik halus terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada pelanggan.

Harga yang ditawarkan untuk daging lembu bahagian dada ialah RM20 untuk 100 gram (g), tulang rusuk pula RM30 (100g) manakala daging kambing RM21 (100g).

Selain daging lembu dan kambing, Beard Brother BBQ juga menawarkan hidangan ayam dan ikan salmon salai sempena bulan Ramadan ini.

Sempena Ramadan ini, ia akan dibuka pada pukul 4 petang sehingga 6.30 dan berkonsepkan bungkus bawak balik dan ia akan ditutup pada waktu berbuka sebelum dibuka semula pada pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.

 

INFO: Beard Brother BBQ
* Lokasi: PG-01 , Tropicana Avenue, Persiaran Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor
* Konsep: Menu salai
* Tarikh: Sehingga 12 Jun 2018
* Masa: 4 petang hingga 6.30 petang
* Harga 100 gram: Bahagian dada (RM20), tulang rusuk (RM30) dan kambing (RM21)
* Telefon: 012-319 0962
* Laman web: www.facebook.com/beardbrothersbbq/