Sekitar November 2018, ahli perniagaan muda itu mengambil keputusan menjadi Master Partner di bawah jenama AS Legacy.

Dalam tempoh empat bulan sahaja, anak kelahiran negeri Jelapang Padi tetapi membesar di Johor itu berjaya merekodkan nilai jualan mencecah RM4 juta sekali gus melayakkannya mendapat hadiah kereta Ford Mustang selaku Master Partner Terbaik AS Legacy baru-baru ini.

Kereta Ford Mustang berwarna merah yang dimenanginya itu bernilai hampir RM500,000.

“Alhamdulillah tidak pernah termimpi seumur hidup untuk mendapat kereta mewah sedemikian. Terima kasih ayah, mak dan keluarga yang sentiasa mendoakan kejayaan saya.

“Selain itu, saya mempunyai pasukan yang sangat hebat. Mereka mempunyai semangat setiakawan untuk berjaya bersama AS Legacy. Kejayaan ini bukan milik saya seorang kerana tetapi kejayaan pasukan dan saya berbangga dengan mereka.

Strategi

“Secara peribadi, saya akui diri ini seorang pemalu dan tidak ramah berbicara. Justeru, saya memberi tumpuan kepada strategi pemasaran online,” ujarnya kepada K2 pada majlis Malam Emas AS Legacy di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Seorang lagi penerima anugerah Master Partner Terbaik berupa sebuah Toyota Vellfire ialah Sarni Riuilda Rahim.

Sementara itu, Pengasas AS Legacy, Aliff Syukri berkata, AS Legacy tampil dengan variasi produk tidak terhad kepada segmen kecantikan dan kesihatan, malah turut mengeluarkan barangan peralatan rumah untuk memenuhi kehendak masyarakat pengguna yang pelbagai.

“Kini produk AS Legacy telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada semua pengguna bukan sahaja di Malaysia tetapi berjaya menembusi pasaran seperti Brunei, Singapura, Indonesia dan Australia.

“Diharapkan dengan kejayaan ini, usahawan baharu akan terus berusaha untuk lebih berjaya, sekali gus menggalakkan perkembangan bisnes sihat serta mencapai matlamat bebas kekangan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia amnya,” tuturnya.