MARINA
MARINA

Di Malaysia khususnya, integriti halal menerima perhatian yang mendalam dalam kalangan pengguna memandangkan ia merupakan satu tuntutan dalam agama, lebih-lebih lagi melibatkan industri seperti makanan.

Ketua Latihan dan Perundingan DH Events Sdn. Bhd. (DH Events), Marina Muhamad berkata, terdapat tiga pendekatan yang boleh digunakan untuk mengekalkan integriti halal bagi suatu produk atau perkhidmatan di negara ini iaitu Eksekutif Halal, audit dalaman dan Sistem Pengurusan Jaminan Halal (HAS).

Katanya, Eksekutif Halal merupakan satu jawatan yang wajib bagi syarikat ataupun perniagaan yang terlibat dalam industri halal seperti hotel, restoran, pengilangan produk halal, rumah sembelihan halal serta penyedia logistik halal, mengikut kategori yang dinyatakan di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM).

“Eksekutif Halal ini bukan sahaja akan memantau integriti halal tetapi bertindak sebagai mata dan telinga untuk memastikan segala proses di syarikatnya dilaksanakan mengikut syarat-syarat ditetapkan.

“Syarat untuk menjawat jawatan itu adalah dia mestilah seorang Muslim dan pemegang Sijil Eksekutif Halal yang telah menduduki dan lulus kursus profesional oleh Halal Professional Board (HPB),” katanya kepada Kosmo! pada Bengkel Penyediaan Manual Sistem Pengurusan bertempat di [email protected] City, di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

“Antara fungsi audit dalaman adalah untuk menilai pelaksanaan dan pematuhan keperluan HAS, mengenal pasti kawasan atau proses untuk ditambah baik, serta merekod ketidakpatuhan dan memastikan tindakan pembetulan dilakukan dengan segera,” katanya.

Beliau memberitahu, HAS yang diperkenalkan Jakim pada tahun 2012 pula merupakan garis panduan yang menetapkan pendekatan untuk memastikan dan memelihara integriti halal suatu produk atau perkhidmatan.

Katanya, HAS perlu dibangunkan sebaik sahaja pihak pengurusan atasan sesebuah syarikat membuat keputusan untuk mendapatkan sijil halal bagi produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

“Pelaksanaan HAS akan membantu pemain industri menjaga integriti produk dan perkhidmatan halal dengan berkesan, selain meningkatkan keyakinan pengguna kepada perkhidmatan ditawarkan,” katanya.

Dalam pada itu, Marina berkata, DH Events akan menganjurkan Bengkel Penyediaan Manual Sistem Pengurusan Jaminan Halal bagi pemain dalam industri halal.

“Hanya 25 tempat ditawarkan bagi bengkel yang akan berlangsung pada 28 dan 29 Ogos 2018. Hantarkan penyertaan anda sebelum 20 Ogos ini,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi Amiriah, Fatin dan Zul di talian 03-2171 1128 atau e-mel ke [email protected], [email protected],[email protected]serta [email protected]