Kita sering menggunakan terma pendidikan dan pembelajaran silih berganti atau mengandaikan yang pendidikan bermaksud pembelajaran tetapi tahukah anda ia tidak sama?

Adakah anda pernah terfikir apakah perbezaan antara pendidikan dan pembelajaran?

Pendidikan mahupun pembelajaran kedua-duanya berkait rapat dengan menuntut ilmu pengetahuan.

Bezanya, pendidikan melibatkan orang lain mengajar anda manakala pembelajaran pula bersangkut paut dengan perkara yang anda lakukan untuk menimba ilmu tersebut.

Pendidikan merupakan alat kepada pembelajaran namun, tidak sewajarnya berakhir di situ sahaja.

Sehubungan itu, objektif pendidikan di Kumon bukan setakat mengajar.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh program pendidikan kanak-kanak terkenal, Kumon baru-baru ini, pihaknya bukan sahaja melahirkan insan yang berpengetahuan tetapi mahu anak-anak itu bersikap seperti pelajar sepanjang hayat yang sentiasa dahagakan ilmu.

“Berbekalkan sikap ini, mereka lebih kreatif dan berdikari serta seterusnya berpeluang tinggi untuk berjaya dalam kehidupan.

“Ia amatlah penting, lebih-lebih lagi dalam mengharungi cabaran dunia digital pada hari ini,” katanya.

Daftar

Banyak perkara sentiasa berubah dan apa yang kita belajar beberapa tahun lalu mungkin tidak lagi relevan pada zaman serba maju masa kini.

Seperti yang disebut oleh penulis Amerika Syarikat, Alvin Toffler, golongan buta huruf alaf 21 tidak lagi merujuk kepada orang yang tidak tahu membaca dan menulis sebaliknya mereka yang bukan sahaja enggan belajar, malah angkuh serta dan tidak mahu memperbaiki kesilapan masa lalu.

“Ayuh bersama-sama Kumon untuk melahirkan modal insan yang tahu bagaimana untuk belajar dan membuat bukan apa yang disuruh sahaja.

“Biarkan anak anda memulakan langkah dalam perjalanan pembelajaran dan membina asas akademik yang padu demi menggapai kegemilangan di masa hadapan,” ujar kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, Kumon kini menawarkan kelas percubaan percuma bagi mata pelajaran Matematik atau Bahasa Inggeris. Ia melibatkan hampir kesemua pusat Kumon di Malaysia.

Daftarkan anak anda yang berusia seawal usia empat tahun dan ke atas untuk sama ada mengikuti Program Matematik atau Bahasa Inggeris Kumon sebelum 16 Ogos ini.

Ia bagaimanapun tertakluk kepada terma serta syarat. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut serta terma dan syaratnya, sila lawati www.kumonmalaysia.com atau hubungi 1800-88-1010.